CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, January 20, 2014

Lawatan singkat @ Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak

Assalamualaikum.................

~18hb Januari 2014 (Sabtu)

Cecuti 3 hari sempena Deepavali kome² gi mana² tak? Daku 2 hari terperap kat rumah je sebab cecuti pun kandaku kerja yelah kerja sendiri kan..... Entah cemana tetiba kandaku ajak pi Sungkai, Perak keesokan harinya dia bagitau agendanya nak pi pun masa kami 3 beranak nak tidur dah... Wah² berangan-angan kot² esok leh tersesat sampai rumah mak hahaha (memang idak le jawabnya sob...sob...sob...)

 ~19hb Januari 2014 (Ahad)

Bangun pepagi sebab nak iron baju sekolah dan baju kerja stok seminggu yelah dah pi jenjalan comfirm balik rumah penat kan pastu sarapan pun sempat goreng kentang, wedges dan nuget je sarapan ala kadar gitu.... 

Kami keluar rumah pukul 10 lebih terus la menuju destinasi kandaku hajatkan... kebetulan kawannya kerja perhilitan pi memburu rusa di hutan nak pi beli daging dan nak rasa daging eksotik la kekdahnya....  

Sampai pun dalam pukul 1 tengah hari terus la kawannya ajak pi melawat haiwan² dalam pusat ni, memula kite tengok replika @ haiwan dah di awet jek dalam bangunan tapi anak² kesayanganku itu penakut hahaha doq la luar sesambil ibu dan ayahnya melihat dan kapochi tanya itu ini sambil amik gambor.... sempat tumpang bilik ayor lagi kekeke....


Pusat ni dah lama tutup kot xde terima lawatan orang awam ehh ye ke? Mybe untuk buat kajian ada lagi kot entah le sebab aku gi semalam atas pelawaan kawan kandaku itu....

Baca info SINISINISINI SINI


Takut duduk luar la ek, ni trauma pasai gi tengok pameran dinasour kat Pullman aritu la kikiki sampaikan si adik pun sanggup tunggu kat luar juga.....

 Rusa


Lepas 20 minit tengok² terus pi tempat pembiakan pulak, ada macam² jenis burung yang sukar di temui jadi perhilitan cuba biakkan supaya jenerasi mendatang tahu akan kewujudan burung² tu semua...  

Jalan² tengok sarang burung kuang, pegar, merak dll


Nak cite burung enggang ni xtakut orang sedap lepak kat bumbung yelah kat sini mewah makanan xyah sesusah cari makanan sendiri kat hutan kan... Ada kisah menarik kawan kandaku cerita burung enggang ni jenis pendendam sebab ada satu kejadian tukang cuci tengah menyapu sampah tetiba burung ni datang dekat mybe sebab takut acik tu halau dengan batang kayu (acah² nak pukul la kan...). Suatu hari yang lain acik tu baru keluar dari pejabat tiba² burung enggang ni terbang laju tuju kepala acik tu hambikk darah memancut keluar sebab paruh burung tu tajam ok... isk..isk...isk...

melawat baby rusa 
kawan kandaku sembang dengan seladang
 gigih kawan kandaku panjat pokok buah tampoi ni
buah tangan bawak balik Putrajaya
singgah lepak² sebelum balik

Pukul 3 petang kami beransur balik perut pun dah kebuloq dalam perjalanan pagi tadi kami makan keropok hahaha macam bebudak je gaya... Berhenti rehat kat RNR Ulu bernam makan nasi laporrrrrrrr.... Isi minyak dan teruskan perjalanan balik....

Dekat pukul 6 baru sampai rumah, soh bebudak mandi badan berlengas... kandaku dapat la beli daging dalam 2 kg lebih basuh bersih² simpan sesiap untuk kasi mil dan mak.... Ohh ye mak nak datang jumaat ni yeaayyy! 

Adik ipar kakak (anak yong) nak kawin tu yang yong dan mak nak datang meraikan majlis perkahwinan besan yong hehehe.... Daku ambik sebahagian kecil masak sambal cili api ohh yea kandaku x suka sangat rendang² jadi masak la ikut citarasa dia kang masak gegulai dia x makan membazir jek kan.... 


Ni le menu makan malam kami 4 beranak al-hamdulillah jauhhhhhhhhh sangat pi cari lauk hahaha.... sekian daku melaporkan.....
 

No comments :