Assalamualaikum....
~25hb Disember 2014 (Khamis)
Belum hilang lelah pergi ngantor wan nikah kat Kedah aritu minggu ni bersambung pulak balik ke Perak pulak untuk kenduri nyambut menantu.... Julung kalinya buat kenduri kat rumah Yong... ni kiranya hajat dia le nak merasa gotong royong sesama kariah taman indah ni haa....
Jadinya kami balik dalam pukul 10 pagi, sempat lagi goreng nasi dan makan dulu kat rumah... Perjalanan ok je xdelah jem cuma banyak kereta bila 3 link tukar ke 2 link gitu.... Sesambil tu doq main wasup dengan si kakak katanya mak dia masak banyak xyah la singgah makan kat kedai katanya....
Sampai rumah Yong mak tengah masak kari daging dan nak kukus pulut kuning sesambil tu nampak jiran tetangga Yong tengah mengentel tepung nak buat wadai kiping (bubur orang banjar)
Kebetulan kami kelaparan ada pulak lauk ayam masak merah, ayam masak sup dengan gulai tempoyak ikan patin so bedal jelah kan... Mulanya kandaku xjamah pun gulai tempoyak tapi bila dia rasa sekali pastu doq puji² sedap pekat x cair macam kat kedai bukan main menyudu-nyudu kuah hahaha....
Lepas asar baru jiran tetangga datang bacakan doa selamat dan kebetulan kru nak pasang pelamin pun mai depa terus la makan kenduri sekali.... jenuh jugalah ngemas beranda Yong ni banyak sangat barang rumah pun kecik terhad keluasannya.... numpang letak barang kat rumah sebelah klu x xmuat kome....
Kenduri doa selamat
sebelum dan selepas
Haaa ce nengok buaian deme je udah beso gabak makan space iskk..isk..isk... laman beranda rumah yong ni kecik je yelah taman 2 bilik beso manalah kan.... jenuh ngemas barang nasib jiran sebelah kasi tumpangkan jadi lemporkan ke sebelah sekejap semua barang² termasuk beskal dan 2 biji moto...
~27hb Disember 2014 (Sabtu)
Majlis Berjanzi, Marhaban dan berendoi
Hajat Yong nak buat majlis berendoi untuk cucu ke-2nya... ni anak Mamat (anak ke-3 Yong) si Daniel dulu buat kat rumah mak xdapat nak panggil geng marhaban sebab semua bizi...sedih benor bila mengenangkan nasib ada 2,3 orang tua kat kampung ni sudi meneruskan majlis...
2 cucu den
Daniel Fahmi & Nurin Ilyana Qaisara
Daku sangat tabik hormat kat Daniel ni sebab senang nak jaganya (merenggek mengamuk tu biasalah kalau lapar kan) kalau bagi makan dia boleh je makan sendiri doq dediam makan sampai kenyang... kalau main pun sesorang xde hal... gamaknya sebab dia dah ada adik xleh nak manja² sangat... sensitif pun ia kalau suara kite keras marah dia akan diam tutup mata dan mengeraskan diri ala² merajuk hahaha... selagi kome xpujuk doq keras kat situ la dia hahaha...
Selamat datang!
Yong @ Mak Pengantin
kakak dan imran
berarak sang pengantin di iringi paluan kompang
Abangku si cik ndek x dapat joint pi Kedah masa wan nikah aritu sebab menjaga hati kengkawan kompangnya, tu pun dengarnya depa dah malas nak main kompang lagi sebab bebudak muda ni kejap kang kuar pi KL cari kerja agak² xtahan lama balik semula kampung joint semula kompang... pelapis makin berkurangan...
Tapi ramai orang suka dengar kompang deme ni sebab macam² lagu depa bawak... Yong pun pernah belajar main kompang ambik bahagian masa wan sanding... kasih ibu kan meraikan anaknya sesungguh hati... yea hajatnya nak kenduri kat taman termakbul... jiran tetangganya dapat tengok mesti berbunga-bunga hati Yong...
sanding & acara tabur gula²
Seronok famili Hanim tengok kemeriahan kenduri belah Perak ni dengan alunan kompang mengiringi pengantin dan di tambah lak acara kesukaan kanak² iaitu tabur gula²...bukan main hepi kekanak sekalian rebut gula²...
makan bersuap ehem²
menu lauk kenduri
1. Nasi Minyak
2. Nasi Putih
3. Ayam Masak Merah
4. Dalca Daging
5. Jelatah Timun & Nenas
6. Kerabu Silom
7. Ikan Kering
8. Sambal Belacan
9. Air Sarsi
Menu Tambahan (Nyah sponser)
1. Masak Lemak Cili Api Nenas & Ikan Masin
2. Ikan Cencaru Goreng
2 lauk tambahan ni xde gambar sebab lauk sampai lambat, lagi malang bila si Mamat dan Edy angkat periuk gulai lemak nenas tu leh lak depa tersadung jatuh jadinya separuh lauknya tumpah.... ralat la hati Nyah sob..sob..sob...
jemput makan :)
Hasil seni tangan bakal kakak ipar
Hantaran belah perempuan kasi
daq demok
bos wan cawangan Ipoh
Famili Hanim
ehh Omak den pun ado terselit
Kengkawan Wan
~28hb Disember 2014 (Ahad)
Melawat bakal kakak ipar @ Hosp Tapah
Al-kisahnya kak Nora ni offer diri buatkan lauk untuk makan beradap pengantin tapi sungguh le kami x sangka yang pagi tu masa Yop datang jemput tetiba dia pengsan@pitam... Yop terpaksa juga hantar lauk kebetulan famili kak Nora call ambulan depa terus bawak pi Hospital Tapah... entah apa masalahnya depa bawak pi Hospital Ipoh pulak takut ada komplikasi lain katanya...
Kesian nengok Yop berbelah bagi dia badannya berada di kenduri anak kakak sendiri tapi fikirannya kerisauan mikirkan kesihatan kak Nora.... Ohh yea sebelum ni Yop pernah berkahwin tapi jodohnya x panjang dan bercerai.... Takdir Allah S.W.T menemukakan dia dengan kak Nora (Janda anak 1 dan dah ada cucu pun) beza umur mereka 2 tahun gitu dan dalam perancangan nak nikah bulan 1 ni bersempena 100 hari pemergian ibu kak Nora...
Selepas melawat kak Nora daku anak beranak meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya. Sekian cerita Disember 2014 yang bizi kekeke....
No comments :
Post a Comment