CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Saturday, May 22, 2010

Uikkss??? Pregnant 2nd Baby!

Apakah makna semua ini? Bisakah kalian mentafsirkan ia kepadaku....


Meh aku kronologikan camne leh jadi gini hahaha.... yelah dalam mau x mau tu tetiba menjadi pulak ye kikiki.....

Aku sedia maklum period aku ni memang  x teratur sesuka hati je nak mai ke x tapi waktu aku masih jadi menjadi pemakan tegar Maajun Anggun Bistari (MAB) kiranya maajun ni macam perancang keluargalah juga fungsinya..... Kalau pengiraan makan MAB 21 hari makan pastu Period (waktu period x makan la MAB tu) mybe la waktu sepatutnya aku makan MAB ada la skip sehari dua kot kekeke padan muka!

PeriOd Bulan Januari (15-1) ke Februari (8-2) 2010 kitarannya 17 hari (tengok awal pulak!) bulan Februari ke Mac (4-3) kitarannya masih sama 17 hari juga. Bulan Mac ke April (8-4) kitarannya 28 hari pulak hehehe.... bulan April ke Mei kitarannya x muncul tiba hahaha....

Aku buat pregnancy test pada 22hb Mei 2010 (sabtu) (pagi tu aku pi berkelah kat Ulu Yam kiranya balik tu terus pi Farmasi kat Bangi beli). Dengan penuh debor rasanya malam tu juga sambil nangis² x leh terima kenyataan la kununnya bila tengok result 2 line naik hahaha....

Aku mula makan MAB ni tahun 2008 sampai la April 2010 haaa lama kan.... Paling awal Period datang kitarannya 12 hari dan paling lewat kitarannya 29 hari gitu... Tapi kekadang akan ada juga setahun sekali x datang sebulan entah le x tau ngapa....  

 So... selamat datang cinta hati!

Thursday, May 20, 2010

Pertemuan Anak Menantu dan Cucu2 Sekalian...

Pada minggu lalu MIL aku datang melawat anak dan cucu-cucunya, pada kebiasaannya MIL aku melepak di umah anak lelaki sulong beliau nun di Kajang. Adat la umah kami ala2 sangkar burung tinggi melangit jadi mereka xbetah untuk tinggal lelama... Rumah atas tanah agak seronok sedikit yelah sama seperti rumah beliau di kampung, pergerakan pun x terbatas apatah lagi mahu bercucuk tanam jugak bisa hehehe...

Ehh...apa aku nk story ni... al-kisah MIL aku ikut adik ipar aku balik ke Cheras kerana umah kak ida gulap gelita pada 15hb malam... Rupa2nya mrk sekeluarga pulang ke Tanjung Karang maka adik ipar mengajak Ibunda dan Ayahanda beliau tidur di rumahnya. Yelah nk antar kat umah den ari dan jauh malam xkan nak berpatah ke Putrajaya pulak kan...

Maka 18hb petang en somi membawa daku dan farish menemui atok dan neneknya di samping itu mahu menemui abica jugak hehehe...

Ni abg ariq baru lepas mandi setelah penat bermain bola bsama farish, cian abica asyik terkena bola jek ajak main sama idak juga herrmmm...hampeh!!!
 
Abica dan farish kunun2nya sedang sesama mentelaah pelajaran hahaha...
 
Atok suruh abg ariq praktik kan kelantangan vokal untuk mengeja...
 
Abica pun x ketinggalan untuk menyumbangkan sora lunaknya membaca buku dalam bahasa francis... Sama jek dengan farish entah bahasa ape depa cakap aku pun x faham huhuhu...
 
Tekun sungguh farish menyelak helaian demi helaian...Pehh laju toi khatam...
Abica bilang ini kakak... sambil air liurnya meleleh... nape dulu ibu kempunan xdapek makan pe abica??

Aku selalu gelak besau bila MIL aku selalu membayangkan mereka seperti ibu tanggang yelah macam2 bekal di bawa dan kemudian di bahagi sama rata kepada anak menantu... Kali ini MIL bawak buah bachang, buah betik, buah nangka, ayam kampung dan macam-macam adaaa....

Dulu sewaktu aku masih menyewa rumah di kajang setiap petang ayah akan datang hantar lauk (kalu mereka bertandang menjenguk anak menantu la). Maka seminggu MIL di kajang seminggu lah aku x yah masak lauk hehehe... best sangat dah la sodap hingga menjilat jari....

Aku dibekalkan kari ayam kampung wah2 sodapnya.... Bau harum semerbak buah bachang membuat air liur aku meleleh2 dengan perut yang lapar aku xsabar2 nak cepat sampai umah. Dalam pala aku terbayang2 sambal belacan taruk buah bachang pehhh....lazat!!! Terbaekkk dr ladang siot!!!

Kalu makan masakan MIL confirm bertambah2 nasik, tapi pada mereka yang xbiasa mesti xtahan yelah orang Melaka ni kuat makan pedas... Dan bila balik Melaka MIL selalu bekalkan cili boh buatan sendiri... Agak leceh jugak nak buat tapi mencepatkan proses memasak kerana cili dah masak.

Kalu nak masak sambal ikan or ayam or daging or udang just tumbuk sedikit belacan, bawang merah dan bawang putih kemudian taruk cili boh rasakan dengan dengan asam, garam dan gula tarraa dah siap...

K lah jumpa lagi tata...titi..tutu....

Tuesday, May 18, 2010

Puding Roti Bersos Kastard

Sedang membakar dengan suka ati huahuahua...
Puding dah siap tarrraaa...
Sos kastard sangatlah sodap!!!

~PUDING ROTI SOS KASTARD~

bahan A 

500 ml susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)

bahan B

4 s/b gula halus

2 s/b butter – cairkan sebentar atas api

2 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 s/b tepung jagung

Sos Kastard

1 tin susu cair

2 s/b tepung kastard

2 s/b gula

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.

Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.

Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.


Monday, May 17, 2010

~Kek Coklat Tanpa Butter~

Dah kene cukai awal2, sape punya angkara ni? Tolong jawap en somi...
Alamak dah tinggal separuh hehehe... Uisshh topping coklat melimpah ruah yummy 3x!!!



**KEK COKLAT TANPA BUTTER**

Bahan-bahan : 

• 2 biji telur gred A

• 1 cawan minyak masak (Seri Murni)

• 1 cawan gula pasir

• 1 cawan gula perang (Brown Sugar)

Bahan A

• 1 sudu kecil esen vanila

• 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat (Dutch Lady)

• 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe

Bahan B

• 2 sudu kecil sodium bicarbonate

• 1 sudu kecil baking powder

• 1/2 cawan serbuk koko

• 2 cawan tepung gandum

** Topping Coklat **

• 1/2 cawan koko van hauten

• 1/2 cawan susu pekat

• 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara :

1. Pukul telur hingga kembang

2. Masukkan gula dan pukul lagi

3. Kemudian masukkan minyak masak

4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.

5. Bakar pada suhu 170c degree selama 1 jam atau sehingga masak

6. Untuk toppingnya..masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk.