Pada minggu lalu MIL aku datang melawat anak dan cucu-cucunya, pada kebiasaannya MIL aku melepak di umah anak lelaki sulong beliau nun di Kajang. Adat la umah kami ala2 sangkar burung tinggi melangit jadi mereka xbetah untuk tinggal lelama... Rumah atas tanah agak seronok sedikit yelah sama seperti rumah beliau di kampung, pergerakan pun x terbatas apatah lagi mahu bercucuk tanam jugak bisa hehehe...
Ehh...apa aku nk story ni... al-kisah MIL aku ikut adik ipar aku balik ke Cheras kerana umah kak ida gulap gelita pada 15hb malam... Rupa2nya mrk sekeluarga pulang ke Tanjung Karang maka adik ipar mengajak Ibunda dan Ayahanda beliau tidur di rumahnya. Yelah nk antar kat umah den ari dan jauh malam xkan nak berpatah ke Putrajaya pulak kan...
Maka 18hb petang en somi membawa daku dan farish menemui atok dan neneknya di samping itu mahu menemui abica jugak hehehe...
Ni abg ariq baru lepas mandi setelah penat bermain bola bsama farish, cian abica asyik terkena bola jek ajak main sama idak juga herrmmm...hampeh!!!
Abica dan farish kunun2nya sedang sesama mentelaah pelajaran hahaha...
Atok suruh abg ariq praktik kan kelantangan vokal untuk mengeja...
Abica pun x ketinggalan untuk menyumbangkan sora lunaknya membaca buku dalam bahasa francis... Sama jek dengan farish entah bahasa ape depa cakap aku pun x faham huhuhu...
Tekun sungguh farish menyelak helaian demi helaian...Pehh laju toi khatam...
Abica bilang ini kakak... sambil air liurnya meleleh... nape dulu ibu kempunan xdapek makan pe abica??
Aku selalu gelak besau bila MIL aku selalu membayangkan mereka seperti ibu tanggang yelah macam2 bekal di bawa dan kemudian di bahagi sama rata kepada anak menantu... Kali ini MIL bawak buah bachang, buah betik, buah nangka, ayam kampung dan macam-macam adaaa....
Dulu sewaktu aku masih menyewa rumah di kajang setiap petang ayah akan datang hantar lauk (kalu mereka bertandang menjenguk anak menantu la). Maka seminggu MIL di kajang seminggu lah aku x yah masak lauk hehehe... best sangat dah la sodap hingga menjilat jari....
Aku dibekalkan kari ayam kampung wah2 sodapnya.... Bau harum semerbak buah bachang membuat air liur aku meleleh2 dengan perut yang lapar aku xsabar2 nak cepat sampai umah. Dalam pala aku terbayang2 sambal belacan taruk buah bachang pehhh....lazat!!! Terbaekkk dr ladang siot!!!
Kalu makan masakan MIL confirm bertambah2 nasik, tapi pada mereka yang xbiasa mesti xtahan yelah orang Melaka ni kuat makan pedas... Dan bila balik Melaka MIL selalu bekalkan cili boh buatan sendiri... Agak leceh jugak nak buat tapi mencepatkan proses memasak kerana cili dah masak.
Kalu nak masak sambal ikan or ayam or daging or udang just tumbuk sedikit belacan, bawang merah dan bawang putih kemudian taruk cili boh rasakan dengan dengan asam, garam dan gula tarraa dah siap...
K lah jumpa lagi tata...titi..tutu....
No comments :
Post a Comment