CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, May 18, 2010

Puding Roti Bersos Kastard

Sedang membakar dengan suka ati huahuahua...
Puding dah siap tarrraaa...
Sos kastard sangatlah sodap!!!

~PUDING ROTI SOS KASTARD~

bahan A 

500 ml susu segar/fresh milk

8 keping roti (gardenia/high 5)

bahan B

4 s/b gula halus

2 s/b butter – cairkan sebentar atas api

2 biji telur ayam

1 sudu teh esen vanilla

1 s/b tepung jagung

Sos Kastard

1 tin susu cair

2 s/b tepung kastard

2 s/b gula

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam

Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.

Bakar dalam suhu 180′C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.

Gaulkan bahan sos kastard dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.


No comments :