CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, July 9, 2014

Diari Ramadhan : Cerita hari ke-6, 7, 8, 9, 10, 11


Assalamualaikum.....

~04 Julai 2014 (Jumaat)


Haiii semua, kite nak update ni jangan marah tau hahaha....

Meh kita mulakan dengan puasa ramadhan ke-6, si Faris kan ke demam jadi ponteng sekolah hari Jumaat sebab dia masih x ok lembik dan lemah je badannya... Maka bawak la dia pi ofis.... puasa la 1/2 hari kebetulan tengah hari tu ada jualan kat dataran gemilang bawak la dia pi kan... dia mintak biskut kapal terbang dengan biskut keju.... kat ofis Faris bantai makan sample biskut raya dan kerepek minum pun kurang herrmmm....:(

Balik kerja kelam kabut la rendam ikan cencaru, sebelum macam biasa tanya kandaku nak makan pe... mulanya dia soh bakar ikan cencaru tu tapi memandangkan ikan ni dah siap kerat 3 dan kulit pun dah buang xsesuai la kan... fikir punya fikir masak lemak cili apilah taruk petai dan buah tomato....


masak lemak cili api ikan cencaru
 
sayur campur
ikan cencaru goreng untuk kanak²
sambal belacan tempoyak
buah tembikai

Alahai buah ni daku dan Farisya jek makan :( si Faris memang geli² buah-buahan ni haishh kepelikan apakah... air tembikai pun dia xmau minum sabor jelah....

Nak dijadikan cerita, daku ni dah masak memacam kan leh lak kandaku balik dia beli ikan terubuk bakar jadinya lauk masak lemak tu x terusik la.... bawak makan ke sahur pun x habis ada balance 2 ketoi masuk tupperware simpan peti sejuk....


Murah sungguh rezeki bulan puasa ni ada la kengkawan kandaku sedekah buah durian lah manggis lah syukur al-hamdulillah... tapi durian ni comei ok kecik molek je dalam tu adalah seulas dua...rasa pun ok sedap... makan berdua dengan Farisya je si Faris x makan durian....


~05 Julai 2014 (Sabtu)

Hari sabtu lepas subuh dah siap kemas dapur segala, lipat kain baju yang tersadai kat sofa 2,3 haritu ngantuk lak mata terus la baring² la luruskan badan kat sofa langsung terlelap... terjaga bila kanak² buka tv citer kartun.... 


Hari cuti hari bermalas-malasan untukku huhuhu.... kandaku pulak tanya nak masak pe berbuka petang ni? ehhh selalunya kite tanya dia hahaha... Daku blurr x de idea nak masak apa herrmmmm....

papriks ayam + udang
sawi goreng dgn hati ayam

Ehh sekarang ni musim rama² ni kan.... merata-rata tempat ada kan..tapi yang paling tragisnya 2F panggil rama² ni "Rama² Puntianak" hahaha....


~06 Julai 2014 (Ahad)


Hari cuti kedua untuk bermalas-malasan kan hehehe.... Tapi pukul 3 dah masuk dapur ketung ketang masak sebab nak berehat-rehat je sementara menunggu waktu berbuka...kot² la pi bazar ramadhan ke kan jadi xdelah kelam kabut....

asam pedas ikan merah
Nak resepi? Klik SINI
sayur campur

2 jenis je? x percaya kan hehehe...

Pukul 4 kandaku nak pi bazar ramadhan Taman Tun Hussien Onn, Cheras katanya nak pi repeat beli burger bakar aritu beli... ehh masak dah siapkan terus la nak ngikut sekali yeyeye pecah rekod sepanjang puasa nilah 1st time jejak kaki kat bazar ramadhan hehehe jakun jap....


bang burger bakar ayam 1!
nama gerai ni...
burger ayam rm10 percuma air sirap selasih

Dah tawaf bazar ramadhan ni seround 2 xmende pun yang menarik hati (mata akulah mata orang lain x taulah...) tapi kat sini banyak pilihan lauk siap masak pilih je nak apa kan... Kandaku beli air tembikai, daku pulak beli popia dan karipap kentang dan sardin (pilihan anak²)

Siap membeli kami beransur balik....

Tapi kandaku kata masih awal lagi ni (masa tu baru pukul 5 petang) jadi kandaku ajak pi bazar ramadhan Taman Delima, Kajang... wahhh terliur dan terbayang roti bom kedai bawah pokok tepi tu emmmm.....

masa ni Faris dah mengeluh penat cian dia huhuhu....
sambal jering

Tertarik hati ini dengan sambal jering belilah rm3 tapi tulah daku sorang je yang makan

kuih jongkong, karipap dan popia pedas

Bila dah beli burger kandaku berbuka x makan la nasi bawak la lauk tu sampai bersahur....


~07 Julai 2014 (Isnin)


Hari kerja memang la kelam kabut kan tapi tengah hari balik masa amik Faris balik sekolah tu teruslah singgah kedai beli sotong, ayam, tauhu, tempe dll kang balik petang nanti teruslah bersilat masak kan.... 

sotong masak kicap

ikutkan kandaku memang x berapa gemar masak gini, febret di sambal tapi bosan la asyik sambal je tu tukar selera masak kicap pulak sotong ni Farisya pun leh makan kan...

sambal tempe

Kandaku pi bazar kat Uniten daku kirim popia da air soya tapi popianya xsedap inti xde keras kulit je haisshhh.......


~08 Julai 2014 (Selasa)

Rutin seperti biasa tengah hari balik ambik hantar anak ke sekolah....

ginilah setiap petang dekat persimpangan berhampiran Alamanda tu
tunggu turn lampu trafik bertukar warna
ikan kembung goreng + timun
ikan merah goreng hari ahad aritu tumis sambal
sambal kicap
sawi pak choy goreng
kerang goreng cili
Nak resepi? Klik SINI

Ni kandaku nak goreng cili katanya, sememangnya kegemaran si Farisya juga... si Faris makan murtabak sikit dan makan nasi sikit berkuahkan sambal ikan... sahur daku cuma top upkan telur mata boh kicap... kerang tu waktu berbuka kena habiskan sebab masa sahur sapa nak makan kan mata pun ketat nak buka lagi nak kopek² kulit kerang kan hehehe...

Kandaku pi beli murtabak dengan air mata kucin dengan Uniten... 


Al-hamdulillah kandaku dan bayar zakat fitrah... 

Oklah tu je cerita nak kapochi selamat berpuasa nak perah idea nak masak pe berbuka dan sahur nanti ek hehehe...........




Friday, July 4, 2014

Diari Ramadhan : Menu Berbuka & Sahur Ramadhan 3, 4 & 5


Assalamualaikum...


Ahahaha kesian la asyik cerita pasal makanan jelah apo nak buek xde modal lah nak cerita bulan puasa ni haa... bertabah jelah korang ek...


~1hb Julai 2014 (Selasa)


Macam biasa rutin tengah hari kenalah balik ambik Faris kat sekolah... balik rumah rehat² tunggu Faris mandi, bersiap pastu solat patah balik ke ofis lepas hantar Faris gi KAFA. Sesambil tu tanyalah anak terunaku itu nak makan apa berbuka nanti... 

Dia nak nasi goreng je... baiklah!

Daku tidaklah sempat nak solat asar kat ofis sebab mengenangkan jalan jem dan si Faris yang terpaksa tunggu 1/2 jam di sekolah tu... jadinya setiap petang memang terkejar-kejar nak solat asar dulu nak bersilat kat dapur lagi....

- + selalunya lepas ambik Faris kat sekolah sampai rumah dalam 5.40 petang, kalau x singgah kedai beli barang dapur terus pi ambik Farisya kat rumah pengasuh... ding dong ding dong dekat pukul 6 jugalah sampai rumah... beli barang que panjang, nak naek lif penuh manjang gitulah semua orang terkejar-kejar masa kan...

Bersilat masak nasi goreng serentak dengan goreng lala dah gaya nak berkungfu kuntau capai tu campak sini gitulah mengejar waktu nak berbuka kan.... 


nasi goreng taruk daging burger dgn sosej ayam
lala pedas permintaan kandaku sayang
ikan sardin goreng
telur mata untuk 2F

sayur xde sebab xsempat capek sudah daku bersilat huwaaa T___T 


~2hb Julai 2014 (Rabu)

Blur sebenarnya nak masak apa, cuba nasib tanya kandaku itu nak makan apa...macam biasalah jawapannya "apa² jelah bu" hmmmmmmm.... pujuk rayu soh la kasi idea dia jawab "ce google" huwaaaa....

Akhirnya dia cakap nak sup daging dengan sambal ikan bilis... hip² hooreyy! sonok ok hahaha saiko daku ini....


sambal bilis dengan petai
sup daging
kailan

Gigih la daku memasak memenuhi keinginan orang berpuasa ni kan alih² bila dia balik leh lak dia pi bazar ramadhan Putrajaya beli ayam golek rentung ni hahaha (kiteorang suka ayam ni sos dia sedap) rasanya tahun lepas rm20++ kot harganya tapi tahun ni harga sama macam biasa... seekor rm19.00

ayam golek rentung kulit namanya...
roti john dan samosa

Faris sukalah makanan gini... dia berbuka tu je nasi x makan pun... tapi Farisya dia sebijik ibu apa² hal nasi kena makan hahaha tu yang membesar bagai johan tu...


~3hb Julai 2014 (Khamis)


Semalam kan ke Faris demam tapi aku bawak juga dia pi ofis sebab ada ceramah agama dah kasi nama rasa ralat pulak x gi kan... cian si Faris demam² sampaikan tertidur dalam dewan tu sambil dengar ceramah....


Petang pulak ada perbincangan sikit pasai 'kes' kehilangan memo (urgent dan bertaraf RAHSIA)... hadoii memang malang sungguhlah :( kecuaian aku jugalah tu.... so eo adakan perbincangan semua PT untuk menambahbaik cara pengedaran surat/memo dll supaya kes ni x berulang lagi...

Lepas usai perbincangan tu aku tengok keadaan Faris masih x ok tu yang terus time off balik rumah kendian singgah Klinik Kesihatan Presint 14. Bila doc check suhu makin tinggi terus doc soh masukkan ubat dalam bontot la² tu juga..... pi la masuk bilik prosedur tapi lom nurse buat apa² dia dah nangis takut hahaha.... 

ubat demam 2 versi syrup & bontot

Lepas selesai urusan kat klinik singgah kedai beli barang dapur sikit... tanya si Faris nak makan apa... walaupun dia x puasa aku tetaplah juga tanya apa yang dia nak makan kan... gitu lah mak² sedaya upaya nak penuhi keinginan anak² kan...


Masak merah ayam
Ayam goreng kunyit
Ikan bilis, telur rebus dan timun
Tofu masak sos tiram 
tiru resepi kat SINI
Nasi lemak

Punyalah beria masak kan alih² si Faris cakap dia xmau telur rebus dia nak telur mata alaaaaaa ibu capek dah la..... Kandaku balik bawak burger bako besor dah rupa sebijik kek harganya rm10 (dah sesiap kerat 4) hahaha sori le memang xsempat nak snap gambar... dia beli kat Bandar Tun Hussin On semalam dia ada kerja area sana tu yang tapau bawak balik...

Berbuka si Faris makan sepotong burger tu terus kenyang nasi lemak langsung la x sentuh :( pastu dia tidur yelah demam kan....

oklah tu jelah merapu merepek untuk tatapan korang.....





Thursday, July 3, 2014

Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk Penjawat Awam 2014

Assalamualaikum

Pepagi ni sampai ofis baru tau rupa²nya ada pengumuman pasai bonus aka bantuan khas sempena nak menyambut Aidilfitri ni.... sungguh la daku xtahu huhuhu.... malam tadi x tengok berita pun lepas sembahyang maghrib terus la direct isyak dan buat teraweh sesorang....

Pagi ni pulak faris x berapa nak sihat, masa sahur tadi dah kasi makan ubat... nak kata panas sangat badannya idak juga dedor je pastu matanya ada merah sikit.... ingatkan dia sorang je ponteng sekolah rupanya ada kawan hehehe... si atin sakit perut katanya..



Syukur al-hamdulillah rezeki anak², mak, mertua, ank buah dan cucu sekalian dapatlah beli kuih raya tambah² apa patut kan....


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

sumber : Klik SINI



Wednesday, July 2, 2014

Madrasah Ramadhan : Ramadhan - Ku Tunggu Kau Datang!

Assalamualaikum....

Minggu lepas al-hamdulillah teman berkesempatan menghadirkan diri pi dengar ceramah sempena nak nyambut bulan ramadhan.... Penceramahnya bukan calang² orang Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz kome....




:: Ramadhan - Ku Tunggu Kau Datang ::

Meh kite kongsikan sikit semoga bermanfaat untuk semua yea.... 


1. Banyakkan bersedekah di dalam bulan ramadhan


ustaz kata ce kome bagi duit raya tu sesiap dalam bulan puasa ni pahalanya berlipat kali ganda... tapi kebiasaan kite duit raya bagi pada hari raya kan sebabnya masa ni la semua berkumpul...

jadinya rebutlah peluang bulan puasa ni menambah saham akhirat dengan bersedekah ye... xkiralah kewangan ke makanan ke ikut kemampuan kita...




2. Ziarah kubur di pagi raya

ustaz kata kenapa pepagi raya semua pakat nak ziarah kubur? jalan jadi jem hehehe... hari lain kan banyak...dalam bulan puasa pun boleh menziarah kubur kan x semestinya pagi raya...

bolehkah ziarah kubur kalau period? boleh xde salahnya tetapi jaga adab menziarah kubur ustaz kata janganlah meratap meraung dan tutup aurat xmo la seksi² pi kubur ok...

bolehkah siram kubur dengan air? boleh tujuan asal menyiram kubur sebenarnya bagi tanah tu x berdebu bukanlah kasi si mati minum huhuhu ustaz buat kelakar.... lagi satu katanya kenapa semua pakat nak tabur² bunga atas kubur? entah le macam jadi kebiasaan kan kalau mak siap cari daun pandan dan bunga gunting² macam bunga rampai tabur atas kubur... ce kome jawab soklan uztaz tu...

kenapa perlu menziarah kubur? ustaz kata masa nilah kite tunjukkan kubur mak, ayah, tok nenek, saudara mara kite yang telah meninggal kepada anak²... kebanyakan anak² dimomokkan dengan kubur tu ada hantu la siap ada filem/drama yang mengambarkan kubur tu menakutkan....

MAKA ustaz tekankan sunat di pagi raya kita menziarah orang yang masih hidup...siapa? ibu bapa kita, adik beradik, guru² yang mengajar kita mengaji, saudara mara dll... tidak semestinya pagi raya tu sahaja boleh pi menziarah kubur hari lain pun boleh ye kawan²...

      


3.  Bila doa mustajab?


sebelum waktu sahur... maksudnya bangunlah awal sedikit buat solat sunat dan berdoalah lepas tu masaklah untuk sahur... 




Kenapa?



sahur itu barokah...




ustaz kasi petua nak gerak anak² bangun sahur caranya garu@jentik ibu jari kaki, kalau ayahnya pulak kalau gerak² x bangun ce cakap tepi telinga "bang pilah nikah satu lagi saya izinkan" hehehe ada berani??? teman x berani kekeke.................


4.  Korek telinga/hidung batal puasa?


ustaz kata asalkan tidak memasukkan sesuatu contohnya bendalir yang bersifat mengenyangkan dan sampai ke dalam perut...




5. Tak sempat mandi Junub?

Bolehkah 'bersama' suami isteri di bulan puasa? kalau terlajak tido xsempat mandi junub boleh ke kita puasa keesokkan harinya?

leh tengok video ni rakaman masa ceramah aritu....




Bulan puasa tak bolehlah tido sepanjang hari, banyakkan berzikir @ mengaji.... jaga lidah, mata ok.... kalau rasa lapor/x larat lepas solat zohor baca surah Quraisy ni semoga mendapat kekuatan sampailah waktu berbuka insya Allah...






Ok tu je nak share dengan korang... ada yang ustaz kazim bagitau tu sama macam drMaza tu yang teman copy paste je....







Next.....