CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, July 9, 2014

Diari Ramadhan : Cerita hari ke-6, 7, 8, 9, 10, 11


Assalamualaikum.....

~04 Julai 2014 (Jumaat)


Haiii semua, kite nak update ni jangan marah tau hahaha....

Meh kita mulakan dengan puasa ramadhan ke-6, si Faris kan ke demam jadi ponteng sekolah hari Jumaat sebab dia masih x ok lembik dan lemah je badannya... Maka bawak la dia pi ofis.... puasa la 1/2 hari kebetulan tengah hari tu ada jualan kat dataran gemilang bawak la dia pi kan... dia mintak biskut kapal terbang dengan biskut keju.... kat ofis Faris bantai makan sample biskut raya dan kerepek minum pun kurang herrmmm....:(

Balik kerja kelam kabut la rendam ikan cencaru, sebelum macam biasa tanya kandaku nak makan pe... mulanya dia soh bakar ikan cencaru tu tapi memandangkan ikan ni dah siap kerat 3 dan kulit pun dah buang xsesuai la kan... fikir punya fikir masak lemak cili apilah taruk petai dan buah tomato....


masak lemak cili api ikan cencaru
 
sayur campur
ikan cencaru goreng untuk kanak²
sambal belacan tempoyak
buah tembikai

Alahai buah ni daku dan Farisya jek makan :( si Faris memang geli² buah-buahan ni haishh kepelikan apakah... air tembikai pun dia xmau minum sabor jelah....

Nak dijadikan cerita, daku ni dah masak memacam kan leh lak kandaku balik dia beli ikan terubuk bakar jadinya lauk masak lemak tu x terusik la.... bawak makan ke sahur pun x habis ada balance 2 ketoi masuk tupperware simpan peti sejuk....


Murah sungguh rezeki bulan puasa ni ada la kengkawan kandaku sedekah buah durian lah manggis lah syukur al-hamdulillah... tapi durian ni comei ok kecik molek je dalam tu adalah seulas dua...rasa pun ok sedap... makan berdua dengan Farisya je si Faris x makan durian....


~05 Julai 2014 (Sabtu)

Hari sabtu lepas subuh dah siap kemas dapur segala, lipat kain baju yang tersadai kat sofa 2,3 haritu ngantuk lak mata terus la baring² la luruskan badan kat sofa langsung terlelap... terjaga bila kanak² buka tv citer kartun.... 


Hari cuti hari bermalas-malasan untukku huhuhu.... kandaku pulak tanya nak masak pe berbuka petang ni? ehhh selalunya kite tanya dia hahaha... Daku blurr x de idea nak masak apa herrmmmm....

papriks ayam + udang
sawi goreng dgn hati ayam

Ehh sekarang ni musim rama² ni kan.... merata-rata tempat ada kan..tapi yang paling tragisnya 2F panggil rama² ni "Rama² Puntianak" hahaha....


~06 Julai 2014 (Ahad)


Hari cuti kedua untuk bermalas-malasan kan hehehe.... Tapi pukul 3 dah masuk dapur ketung ketang masak sebab nak berehat-rehat je sementara menunggu waktu berbuka...kot² la pi bazar ramadhan ke kan jadi xdelah kelam kabut....

asam pedas ikan merah
Nak resepi? Klik SINI
sayur campur

2 jenis je? x percaya kan hehehe...

Pukul 4 kandaku nak pi bazar ramadhan Taman Tun Hussien Onn, Cheras katanya nak pi repeat beli burger bakar aritu beli... ehh masak dah siapkan terus la nak ngikut sekali yeyeye pecah rekod sepanjang puasa nilah 1st time jejak kaki kat bazar ramadhan hehehe jakun jap....


bang burger bakar ayam 1!
nama gerai ni...
burger ayam rm10 percuma air sirap selasih

Dah tawaf bazar ramadhan ni seround 2 xmende pun yang menarik hati (mata akulah mata orang lain x taulah...) tapi kat sini banyak pilihan lauk siap masak pilih je nak apa kan... Kandaku beli air tembikai, daku pulak beli popia dan karipap kentang dan sardin (pilihan anak²)

Siap membeli kami beransur balik....

Tapi kandaku kata masih awal lagi ni (masa tu baru pukul 5 petang) jadi kandaku ajak pi bazar ramadhan Taman Delima, Kajang... wahhh terliur dan terbayang roti bom kedai bawah pokok tepi tu emmmm.....

masa ni Faris dah mengeluh penat cian dia huhuhu....
sambal jering

Tertarik hati ini dengan sambal jering belilah rm3 tapi tulah daku sorang je yang makan

kuih jongkong, karipap dan popia pedas

Bila dah beli burger kandaku berbuka x makan la nasi bawak la lauk tu sampai bersahur....


~07 Julai 2014 (Isnin)


Hari kerja memang la kelam kabut kan tapi tengah hari balik masa amik Faris balik sekolah tu teruslah singgah kedai beli sotong, ayam, tauhu, tempe dll kang balik petang nanti teruslah bersilat masak kan.... 

sotong masak kicap

ikutkan kandaku memang x berapa gemar masak gini, febret di sambal tapi bosan la asyik sambal je tu tukar selera masak kicap pulak sotong ni Farisya pun leh makan kan...

sambal tempe

Kandaku pi bazar kat Uniten daku kirim popia da air soya tapi popianya xsedap inti xde keras kulit je haisshhh.......


~08 Julai 2014 (Selasa)

Rutin seperti biasa tengah hari balik ambik hantar anak ke sekolah....

ginilah setiap petang dekat persimpangan berhampiran Alamanda tu
tunggu turn lampu trafik bertukar warna
ikan kembung goreng + timun
ikan merah goreng hari ahad aritu tumis sambal
sambal kicap
sawi pak choy goreng
kerang goreng cili
Nak resepi? Klik SINI

Ni kandaku nak goreng cili katanya, sememangnya kegemaran si Farisya juga... si Faris makan murtabak sikit dan makan nasi sikit berkuahkan sambal ikan... sahur daku cuma top upkan telur mata boh kicap... kerang tu waktu berbuka kena habiskan sebab masa sahur sapa nak makan kan mata pun ketat nak buka lagi nak kopek² kulit kerang kan hehehe...

Kandaku pi beli murtabak dengan air mata kucin dengan Uniten... 


Al-hamdulillah kandaku dan bayar zakat fitrah... 

Oklah tu je cerita nak kapochi selamat berpuasa nak perah idea nak masak pe berbuka dan sahur nanti ek hehehe...........




1 comment :

Siti said...


uwah..menyelerakan..bertuah kanda mu..

mintak resepi asam pedas ikan merah tu kak.. hahaha

and... resepi kerang cili juga..

peace!!!