CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, July 3, 2014

Bantuan Khas Kewangan RM500 untuk Penjawat Awam 2014

Assalamualaikum

Pepagi ni sampai ofis baru tau rupa²nya ada pengumuman pasai bonus aka bantuan khas sempena nak menyambut Aidilfitri ni.... sungguh la daku xtahu huhuhu.... malam tadi x tengok berita pun lepas sembahyang maghrib terus la direct isyak dan buat teraweh sesorang....

Pagi ni pulak faris x berapa nak sihat, masa sahur tadi dah kasi makan ubat... nak kata panas sangat badannya idak juga dedor je pastu matanya ada merah sikit.... ingatkan dia sorang je ponteng sekolah rupanya ada kawan hehehe... si atin sakit perut katanya..



Syukur al-hamdulillah rezeki anak², mak, mertua, ank buah dan cucu sekalian dapatlah beli kuih raya tambah² apa patut kan....


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 684,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa, bakti dan perkhidmatan mereka. 

"Pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 15 Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak RM890 juta, katanya.

Kerajaan berharap bantuan khas kewangan itu dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan menyambut hari lebaran pada hujung bulan ini, katanya. - Bernama

sumber : Klik SINI



No comments :