Assalamualaikum...
Ahahaha kesian la asyik cerita pasal makanan jelah apo nak buek xde modal lah nak cerita bulan puasa ni haa... bertabah jelah korang ek...
Macam biasa rutin tengah hari kenalah balik ambik Faris kat sekolah... balik rumah rehat² tunggu Faris mandi, bersiap pastu solat patah balik ke ofis lepas hantar Faris gi KAFA. Sesambil tu tanyalah anak terunaku itu nak makan apa berbuka nanti...
Dia nak nasi goreng je... baiklah!
Daku tidaklah sempat nak solat asar kat ofis sebab mengenangkan jalan jem dan si Faris yang terpaksa tunggu 1/2 jam di sekolah tu... jadinya setiap petang memang terkejar-kejar nak solat asar dulu nak bersilat kat dapur lagi....
- + selalunya lepas ambik Faris kat sekolah sampai rumah dalam 5.40 petang, kalau x singgah kedai beli barang dapur terus pi ambik Farisya kat rumah pengasuh... ding dong ding dong dekat pukul 6 jugalah sampai rumah... beli barang que panjang, nak naek lif penuh manjang gitulah semua orang terkejar-kejar masa kan...
Bersilat masak nasi goreng serentak dengan goreng lala dah gaya nak berkungfu kuntau capai tu campak sini gitulah mengejar waktu nak berbuka kan....
nasi goreng taruk daging burger dgn sosej ayam
lala pedas permintaan kandaku sayang
ikan sardin goreng
telur mata untuk 2F
sayur xde sebab xsempat capek sudah daku bersilat huwaaa T___T
~2hb Julai 2014 (Rabu)
Blur sebenarnya nak masak apa, cuba nasib tanya kandaku itu nak makan apa...macam biasalah jawapannya "apa² jelah bu" hmmmmmmm.... pujuk rayu soh la kasi idea dia jawab "ce google" huwaaaa....
Akhirnya dia cakap nak sup daging dengan sambal ikan bilis... hip² hooreyy! sonok ok hahaha saiko daku ini....
sambal bilis dengan petai
sup daging
kailan
Gigih la daku memasak memenuhi keinginan orang berpuasa ni kan alih² bila dia balik leh lak dia pi bazar ramadhan Putrajaya beli ayam golek rentung ni hahaha (kiteorang suka ayam ni sos dia sedap) rasanya tahun lepas rm20++ kot harganya tapi tahun ni harga sama macam biasa... seekor rm19.00
ayam golek rentung kulit namanya...
roti john dan samosa
Faris sukalah makanan gini... dia berbuka tu je nasi x makan pun... tapi Farisya dia sebijik ibu apa² hal nasi kena makan hahaha tu yang membesar bagai johan tu...
~3hb Julai 2014 (Khamis)
Semalam kan ke Faris demam tapi aku bawak juga dia pi ofis sebab ada ceramah agama dah kasi nama rasa ralat pulak x gi kan... cian si Faris demam² sampaikan tertidur dalam dewan tu sambil dengar ceramah....
Petang pulak ada perbincangan sikit pasai 'kes' kehilangan memo (urgent dan bertaraf RAHSIA)... hadoii memang malang sungguhlah :( kecuaian aku jugalah tu.... so eo adakan perbincangan semua PT untuk menambahbaik cara pengedaran surat/memo dll supaya kes ni x berulang lagi...
Lepas usai perbincangan tu aku tengok keadaan Faris masih x ok tu yang terus time off balik rumah kendian singgah Klinik Kesihatan Presint 14. Bila doc check suhu makin tinggi terus doc soh masukkan ubat dalam bontot la² tu juga..... pi la masuk bilik prosedur tapi lom nurse buat apa² dia dah nangis takut hahaha....
ubat demam 2 versi syrup & bontot
Lepas selesai urusan kat klinik singgah kedai beli barang dapur sikit... tanya si Faris nak makan apa... walaupun dia x puasa aku tetaplah juga tanya apa yang dia nak makan kan... gitu lah mak² sedaya upaya nak penuhi keinginan anak² kan...
Masak merah ayam
Ayam goreng kunyit
Ikan bilis, telur rebus dan timun
Tofu masak sos tiram
tiru resepi kat SINI
Nasi lemak
Punyalah beria masak kan alih² si Faris cakap dia xmau telur rebus dia nak telur mata alaaaaaa ibu capek dah la..... Kandaku balik bawak burger bako besor dah rupa sebijik kek harganya rm10 (dah sesiap kerat 4) hahaha sori le memang xsempat nak snap gambar... dia beli kat Bandar Tun Hussin On semalam dia ada kerja area sana tu yang tapau bawak balik...
Berbuka si Faris makan sepotong burger tu terus kenyang nasi lemak langsung la x sentuh :( pastu dia tidur yelah demam kan....
oklah tu jelah merapu merepek untuk tatapan korang.....
No comments :
Post a Comment