Salam Jumaat semua,
Pagi ni bukak Fesbuk kat opis tetiba ada mesej bagitau bonda birasku meninggal dunia semalam.... Sedihnya baca status² kat wall birasku itu.... Walaupun kami x lah rapat tapi aku terasa kesedihan yang ayu lalui, korang leh bayangkan baru setahun lalu ayahandanya pergi menemui ilahi kesedihannya masih belum terawat lagi alih² tahun ini bondanya menyusul pula....
Aku x dapat nak bayangkan kalu aku yang berada di tempat birasku itu... Doaku semoga ayu kuat dan tabah melalui detik² yang mendukacitakan ini...
Mesti
birasku sedih sangat sebab raya baru ni merupakan raya terakhir dia
dengan bondanya.... Sesungguhnya ajal maut kita tak tahu bila akan
datang menjemput bukan... Kakak iparku bagitau arwah memang ada sakit
jantung dan punca penyebab arwah di serang sakit jantung katanya
terkejut mendengar guruh dan kilat yang sangat kuat mungkin...
Tengok
pada kita waktu itu arwah masih sihat walafiat mesti pemergiannya
sangat² dirasai di kalangan ahli keluarga mereka, sama juga cara
pemergian arwah ayahandanya dulu kematian mengejut... Siapa sangka bukan?
Saat ini mula terbayang-bayang mak & Mil mereka pun kian uzur di mamah usia, andai kata kematian menjemput mereka bagaimana pulak penerimaan aku? Ya Allah kau berikan aku kekuatan dan ketabahan melalui semua kebarangkalian itu, semoga kedua² insan yang ku sayang itu sihat walafiat dan aku mohon Ya Allah kau ampunkanlah segala dosa² mereka.....
Sedih bukan kepalang kan dah la tengah mengandung mesti rasa ralat menyelubungi diri sebab bonda x sempat melihat cucu yang bakal di lahirkan penghujung tahun ini sob..sob...sob...
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah bonda birasku, marilah kita sedekah surah Al-Fatihah semoga damailah arwah di sana..... amin...........
Kematian adalah kepastian. "Merasai Mati" diulang hampir 5 kali dalam al-Quran.
Firman Allah:
Surah Al-Anbiya' (21):35
No comments :
Post a Comment