CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, October 31, 2012

Selamat Idul Adha 2012




selamat petang kawan²,

Petang² ni cuaca gelap gelita di luar jendela rupa² hujan :), meh la aku dendangkan cerita pasai raya (ye aku selalu lambat harap maaf hihihi....). Macam kebiasaannya raya haji aku x balik raya kat perak (entah kenapa semenjak aku bujang dulu sampai la dapat anak 2 orang raya puasa je aku beria-ria nak balik beraya mungkin sambutan qurban tu xmeriah sangat...)

TAPI....

Aku xtau kenapa raya kalini aku nak pecah tradisi aku nak balik kampung juga! (aci x dah la raya puasa raya kat perak raya qurban pun nak raya kat perak jugak hehehe...) Nasib menyebelahi aku bila dengar citer MIL/FIL nak datang Nilai (rumah BIL/SIL dulu doq Kajang sekarang dah pindah) beraya kat sini dengan anak²nya...

Mulanya kandaku xkasi balik kang apa mak dia cakap kalu aku dan cucu²nya xde sedangkan kandaku beraya sesorang kat Putrajaya, puas memujuk dan menyakinkan aku balik 1 malam jek barulah kandaku kasi fuhhhh....!

Giler ke hapa balik 1 malam jek? Ye betoi la tu sebab aku tumpang anak buah (anak Yong) masa raya puasa aritu kakak x dapek balik raya sebab asben nya x dapat cuti jadi raya kalini depa suami isteri dapat cuti sehari tu yang nak balik raya juga... Ohhh sebab dah ada kete sendiri kan senang je nak balik x yah pening² fikir tiket bas/keretapi....

:: Balik raya hadap jem 5 jam! ::

~25hb Oktober 2012 (Khamis) 

Aku TERPAKSA amik cuti sebab pengasuh nak balik k'late anak² xde orang nak jaga + kunun²nya nak mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu... Sampai la ke petang kain baju lom siap kemas kata teruja nak balik kampung kan... Lepas maghrib anak buah sms katanya pukul 9 baru sampai Putrajaya. Kebetulan pulak sejak petang hujan lebat sampai ke malam masih x reda. 

Ok² lambai/peluk cium kasih sayang dengan suami (sedih je bila dia nyanyi lagu ♫tinggal aku keseorangan, tiada lagi gurau sendamu♫ hahaha....) Alah sok malam dah balik sini jangan emo² sangat.....

Gerak masuk Tol Putrajaya dalam 9 lebih bila dah masuk damansara menuju ke Sungai Buloh dah mula jem mak aaiiii slow giler ++ kereta banyak (dalam hati berkata-kata hahhh sudah pukul berapa nak sampai kalu kete gerak 20km sejam jauh lagi ni....)

Lepas je persimpangan Rawang leh tarik nafas lega kununnya leh la pecut 80km sejam rupa²nya lom pun sampai sempadan negeri Selangor/Perak jalan jem semula dan maintain 20km sejam wawawa.... Serius dasyat sampaikan banyak kereta berhenti kat line kecemasan sebab kepenatan...

Aku dah lupa sampai kat mana polis bukak line kecemasan untuk melancarkan sedikit kesesakan tu. Rasanya sampai RnR Rawang kakak soh berenti dia dah x tahan nak kencing dan beli air kehausan sudah! Siap beli minyak angin cap kapak sebab pening huhuhu... Nasib ada anak buah yang n0. 3 (Mamat) ikut sekali jadi tukar driver sebab imran dah penat layan jem...

Ohh yea kakak no. 2 aku (Nyah) pun ikut balik tapi dia naik 1 kete dengan anak buah aku yang no. 2 (Wan) depa ikut bangsar kemudian ke Tol Duta rupanya sama jek situasinya jalan sesak xgerak langsung katanya....  




Berkat kesabaran kami akhirnya sampai rumah mak 2.30 pagi hahaha... Gilo sungguh! xpenah lagi aku lalui pengalaman balik malam raya pastu jalan sesak cengitu paling lama pun aku balik kampung 3 jam atas jalan.... Nasib la malam kalu siang tengahari panas deting camno hahaha...

:: Raya Qurban ::

~26hb Oktober 2012 (Jumaat) 
Pagi raya kami agak tenang x kelam kabut macam kebiasaan raya sebab xde 'baraan' dan bacaan tahlil di pagi raya kerna ada acara qurban akan di adakan + kesuntukan masa kan ke raya jatuh hari Jumaat...

Jiran sebelah rumah ada buat qurban tahun ni selalunya kat kampung aku ni xde sapa buat pun tu yang x semeriah macam raya puasa.... Lepas sembahyang raya jemaah lelaki balik rumah tukar baju sebab nak melapah daging lembu kan...

Sebelum lembu tu di qurbankan aku bawak anak dara aku tu tengok moooo.... Jadi inilah lembu yang aku maksudkan, tahun ni anak buah aku yang bongsu (Edy) dan Imran (suami kakak) ada masuk bahagian tapi buat kat Tapah Road keesokkan harinya (sabtu)...
   

:: Hantar Nyah naik bas kat Bidor & 
shopping @ TF Tapah ::
 
Nyah kata dia masuk keje pukul 2 petang, pas bungkus² lauk dan segala menu raya (mak cuma buat lemang, nasi impit segera, lontong, ayam masak kicap, ayam rendang, kulit lembu masak xtau nama dan kuah lodeh... Ehhh² sebab x jadi kenduri yong x masak kari ayam tapi dia tukar ke mee kari)

Hantar Nyah 2 kereta bawak mak + yong sekali sebab kami xde aktiviti kan hahaha bosan! Tiket bas dapat kul 11.40 pagi lepas lambai Nyah kami balik TAPI kami agenda tersembunyi hahaha gi TF Tapah (kunun² nak jamu mata je TAPI..........habis rm200 kekeke...)
   
   
 sumber foto : sini

Pasaraya TF ni baru je beroperasi sebelum ni jalan ni menuju ke Pasar Tapah dan ke atas lagi ada pasar malam sabtu. Selalunya jalan ni memang sesak x kira masa kalu ada pasar malam lagi lah sesaaakkk....

Semenjak pasar dah pindah ke tempat baru banyak pembangunan dan lot² kedai tumbuh macam cendawan... Kami pun jakun nak gi TF yang yong gembar-gembur best sangat tu... (si penjual tiket bas kat Bidor pun cerita dia sekeluarga gi shopping kat situ wahhhh....)

 

Kalu korang nak tau TF ni ala² macam econsave la, aku sempat sambar selipar untuk diri sendiri selainnya makanan kudapan anak² la... Mak pulak beli beli bekas air 30 liter (macam kenduri kawin tu) harganya RM29.90 jek woww! Barang² merapu lain anak buah aku yang beli, Yong pulak top up kan barang dapur mak beli tepung la, beras la dll...

Terkejar-kejar nak balik sebab kaum adam nak gi sembahyang jumaat kan, petang pulak aku golek² dalam bilik sambil bersembang kosong sekali mak, yong, kakak pakat tidur aku pulak dah menyusukan Farisya terkebil-kebil x tau nak buat menda... Internet kat kg ni slow macam siput kalu bawak berukband pun xde signal langsung nasib baik leh call/sms ok... 

Lepas asar aku doq merayau-rayau keliling rumah kemudian berehat kat stor tepi bilik mak terpandang buah kelapa terdetik dalam hati dapat minum air kelapa cuaca panas² ni best ngak... Maka gigih la aku gi kait 4 biji kelapa dan sapa mangsa aku soh kopek kelapa??? sapa lagi Yong la hehehe....

Sedap dapat minum air kelapa sejuk sampai kembung minum banyak sangat hahaha... Mak xde masak makanan lain jadi kami doq ulang menu raya tu sampai ke malam (naik muak juga nasib ada nugget, kentang goreng beli kat TF pakat berebut makan reramai...)

Sempat juga aku petik pucuk ubi mak depan rumah, bekal bawa balik Putrajaya yong dengan kakak dah siap tapaukan lauk wahhh syok looo... Yong raya ni buat rempeyek je dapat la 1 plastik kecik buat kudap² di kala xde makanan kat rumah nanti hehehe....


                                                    :: Balik Putrajaya ::
 
Malam tu balik sebab esoknya (sabtu) kakak dah masuk kerja, Pukul 8 lebih naik Tol Bidor sampai Putrajaya pukul 11 selamat sampai rumah al-hamdulillah... Terima kasih kat anak buah aku yang sudi tumpangkan aku 3 beranak balik beraya dan jumpa mak... Sedih bila nak balik mak peluk sesungguh wawawa.... Nanti kita balik lagi ye................

Sampai rumah ada sup daging, kandaku x ikut balik kampung sebab masuk bahagian melapah daging qurban kat Putrajaya (14 ekor lembu) depa buat kat Presint 16 sama macam tahun lepas. Al-hamdulillah dapat makan sup tulang dan dapat daging fresh...

~27hb Oktober 2012 (Sabtu) 

xde aktiviti selain berehat santai di rumah tapi kandaku masih bekerja seperti biasa, petang tu beria la aku masak daging sambal jadi menu hari ke-2 raya daging qurban ye... 

:: Sinki tersumbat ::

kebetulan sinki dapur tersumbat air bertakung jenuh la kandaku doq pump², jirus air panas xmau jugak penyudahnya korek lubang kat mesin basuh tapi ok jugak.  Korek salur bawah sinki pun x ok juga... Akhirnya kandaku sembur lubang alur air kat bawah sinki tu terus tersembul keluar macam ta*k keras kat lubang air kat mesin basuh tu (rasanya lemak, nasi yang mendap dah lama kot geli je kandaku kutip buang haha.....)

 

 ~28hb Oktober 2012 (Ahad

Harini pulak MIL ajak makan tengahari sesama kat Nilai, aku kunun²nya nak singgah nilai 3 beli kain pasang (berangan nak buat baju kurung lagi la) tapi xsempat beli yang kami beli karpet hehehe....... (ehh ni xde plan pun nak beli ingatkan nak beli tikar buluh je sebab tikar buluh buat lapik meja makan tu dah uzur sangat) MIL pun beli tikar buluh yelah alang² sampai nilai 3 shopping yeayy!!


Ohh yea ni karpet citarasa kandaku terbesar pulak tapi x pelah mana tau masa akan datang kalu ada duit lebih nak beli meja makan 8 kerusi pulak sekarang ni kami 4 veranak ngam² je duduk huhuhu....

okies panjang nar cerita rayanya kan... ok daaaaaaaaaaa..........


No comments :