CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, October 24, 2012

Farish Akmal 6th! ♥ Hepi birthday :)



:: Hepi B'day Farish Akmal ::


~21 Oktober 2012 (Ahad)

Harini merupakan hari kelahiran anak terunaku iaitu Farish Akmal yang ke 6 :) al-hamdulillah dah besar panjang anak teruna ibu ni. Ohhh ye masa penghujung syawal lepas kebetulan ada jemputan ke rumah kawan asben dan beliau sekeluarga ada wat open house + sambutan bday anak lelakinya yang kebetulan sama nama (Farish Iskandar), anak terunaku tu berangan-angan nak sambut birthday sebijik serupa macam FI.

Herrmmm ibu dengan ayah + adik dengar jelah angan² yang di bayangkan dengan cerpen pendek (selalunya ayat abang penuh dengan perkataan "pastu kan....pastukan....pastukan....")

Farish pun impikan sambutan birthday dengan belon tergantung sana sini, ada goodies untuk kawan² dan sebijik kek untuk dia tiup puhhhhhhhhhhhhhhh....!

TAPI.......

Memandangkan birthday mu jatuh pada hari ahad sebelum ibu dapat gaji dan ayah pun malas nak layan sangat maka si ayah memenuhi juga lah permintaan anaknya kesayangan... 

Sebelum melelapkan mata tiba² kakak ke-2 ku call wish birthday, beliau ingatkan hari sabtu birthday farish rupanya keesokkan harininya... Farish tanpa segan silu minta hadiah hahaha gelak besar lah aku dengan asben sebab kami x ajar pun dia minta² hadiah....


Birthday boy mintak jam tangan Ben10 maka pada hari kelahirannya si ayah ajak kami semua gi Mines (ohh ye sebelum tu aku ada ajak beliau cari leather case cover & screen protector untuk hp aku la ingatkan nak beli petang isnin~hari gaji la kan, tapi dah beliau nak blanja laju je angguk kepala hehehe......). Maka termakbul la impian sang teruna hehehe...........


ni dia yang soh mik gambar dengan jam idaman kolbunya....
adik pun nak juga...tapi xde lampu² macam abang la...


**************************************

:: Lawatan sambil belajar ~KidZania @ Damansara ::

~22 Oktober 2012 (Isnin)

Kebetulan juga sekolah ada buat lawatan sambil belajar gi KidZania maka bonus la untuk Farish bersempena birthday beliau semalam...

Bukan main seronok dia bercerita apa yang dia buat sepanjang lawatan tu, siap bagitau kat aku ni cita² dia untuk hari mendatang nak jadi Abang BOMBA.... Biasa la budak² x tetap pendirian kejap nak jadi polis trafik, kejap nak jadi polis (terpengaruh drama tv2 la tu) Tapi kalini macam nekad dah nak jadi Abang Bomba juga hahaha...

gambar bangunan KidZania
 
 ni Farish bawak balik sebagai tanda kenangan

So sesapa yang nak bawak anak gi alami sendiri pengalaman sebenar setiap pekerjaan yang di cita-citakan oleh anak masing² sila bawa ye berbaloi-baloi! korang x percaya? haaa baca link kat bawah ni semua...

review : KLIK SINI, KLIK SINI, KLIK SINI 


:: Dapat Hadiah ::

hadiah untie ilah kasi buku leh la Farish bertatih mengeja dan baca 
buku cerita tauladan :)

Kat opis lak xdisangka-sangka ada hadiah untie ilah kasi buat Farish, segan lak ibu kat untie ilah yelah walaupun xseberapa katanya tapi ibu tetap rasa segan silu huhuhu........


:: kanak² ribena 1st time tengok wayang ::


Oleh kerna ibu xde beri pe pun hadiah maka ibu kasi peluang la kat 2F buat pertama kalinya nengok wayang. Wahh gigih register online sebab nak beli tiket kan tapi sangat ralat bila jakun xpenah tengok citer 3D aku gatai tambah seat semata-mata nak kan spek mata 3D (padahal umur bawah 3 tahun free je masuk tapi kene pangku la)

Pada pemikiran kolot aku + terpedaya dengan kata² asbenku nanti skrin tu blur x nampak kalu x pakai spek cian la kat Farisya orang sedap² tengok gambor cantik dia sampai nak juling mata tengok skrin tu....rupa² tulisan translation je yang blur gambar ok je cantik waaaaaaaaaaaaa....debush² hentak kepala kat dindingggggg!!!!

Dah rugi rm12 sebab tambah seat + amik spek 3D Farisya xguna pun sebab besor gabak wawawa........ Masa doq dalam panggung 2F ok je sebab dah sogok dengan pop corn hahaha... 

TAPI........

Farisya muntah² sebab makan pop corn banyak sangat kot x pasal² semerbak 1 panggung bau muntah + baju dia kotor + seluar aku sekali kotor wawawa.......Aku lak tadah dengan shawl yang aku beli masa jaga jualan Puspanita kat D8 dulu, bila Farisya dah xmuntah lagi sepantas kilat bawak gi toilet cuci apa² yang patut. Sayang sekali shawl tu aku buang dalam tong sampah sebab kalu aku cuci pun kang nak letak mana bawak lak beg tangan chomei sangat pasrah jelah buang anggap jelah kami xde jodoh yang panjang..sob...sob...sob......

Mood dah ke laut masa tu tapi citer berbaki 1/2 jam lagi, Farisya mula galak dalam panggung haaa sudah budak ni dah mula buat bising risau orang lain terganggu pulak... Nasib baik juga panggung xpenuh sebab hari kerja agaknya....

jangan terpedaya kami bukan tengok citer ni hehehe.....
melaram dengan spek 3D
Panggung kosong 1 row ni kami 4 veranak je


Kami tengok citer ni............





















Hotel Transylvania (3D) (English)

Welcome to the Hotel Transylvania, Dracula's (Adam Sandler) lavish five-stake resort, where monsters and their families can live it up, free to be the monsters they are without humans to bother them. On one special weekend, Dracula has invited some of the world's most famous monsters - Frankenstein and his bride, the Mummy, the Invisible Man, a family of werewolves, and more - to celebrate his daughter Mavis's 118th birthday. For Drac, catering to all of these legendary monsters is no problem - but his world could come crashing down when one ordinary guy stumbles on the hotel and takes a shine to Mavis.


 Hotel Transylvania cast list movie poster

Classification: P13
Genre: Action / Animation / Family
General Release Date: 27 Sep 2012
Running Time: 1 Hour 31 Minutes
Distributor: Sony Pictures Releasing International
Cast: Adam Sandler, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Andy Samberg, Fran Drescher, Cee Lo Green, Molly Shannon, Selena Gomez
Director: Genndy Tartakovsky


Hotel Transylvania Movie Stills (© Sony Pictures)

review : KLIK SINIKLIK SINI


Penyudahnya malam tu ibu kene 'pow' lagi huhuhu xpelah hari gaji leh la blanja makan tapi si ayah nak makan nasi arab juga alahaiii sedap sangat ke sampai nak repeat banyak kali huhuhu.... Perut kenyang kami pun balik rumah sebab esokkan kerja....

sekian cerita birthday si Farish Akmal, nak tau citer pengalaman semasa melahirkan dia dulu? baca SINI

No comments :