CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, July 18, 2014

Diari Ramadhan : Cerita hari ke-12,13,14,15,16,17,18,19 & blk kg : Melaka

Assalamualaikum....
~9hb Julai 2014 (Rabu)

Meh² nak update sikit blog ni....citer pasai makanan le apa lagi kan hahaha....

masak lemak cili api ketam

Tengah hari macam biasa la balik rumah kan, pening pale doq mikior nak masak pe maka singgah la kedai pi tengok lauk pe ada alih ternampak 3 ekor ketam rasa teringin lak nak makan walaupun sedia maklum kandaku xmakan ketam ni.....

Dia xmakan tapi aku makan hahaha... memula nak buat sup je tapi kandaku xmau dia soh masak lemak cili api ehh² macam dia lak nak makan.... Tapi kandaku bedal makan juga tu yang mulut bengkak hehehe cian dia...

ikan sardin goreng
kacang panjang goreng

~10hb Julai 2014 (Khamis)


asam pedas ikan tenggiri dengan terung

Kite guna perencah ni.... ok sedap terasa masam² pedas complete la orang kata kira kalu malas nak menumbuk bagai leh je beli paste ni... korang cuma tambah serai dan dedaun jelah... setengah orang suka boh daun limau purut ada setengah orang lagi (macam aku lah ek) suka masukkan segala jenis daun kesom, limau purut, bunga kantan baru terasa nikmat asam pedas dan wangi chewah....

Ada juga setengah resepi deme letak halba campur dan lada hitam sikit... ikut kome le nak buat gaya mana kan... ada setengah asam pedas xtumis guna minyak pun versi macam masak pindang tu korang campak je segala rencah terus dalam periuk masak le macam biasa...

Paste ni daku guna separuh je, daku ni kategori rajin hehehe jadi tumbuk 1/2 biji bawang besar + 3 ulas bawang putih, 1 inci halia + 1 inci belacan bakar & sedikit kunyit serbuk.... masa tumis bahan rencah (ditumbuk) tu agak wangi baru masukkan 1/2 paste asam pedas ni dan 1 sudu makan cili kisar.... gunakan api kecik semasa menumis dan tambah 1 cawan air biarkan mendidih.... dah mendidih masukkan ikan dan sayur kegemaran kome... rasakan garam, gula kalau kurang masam leh tambah air asam jawa lagi....

sambal bilis garing 

Senang baitu je masak ni... memula goreng ikan bilis dan asingkan kemudian tumbuk la 2 ulas bawang merah dengan 2 ulas bawang putih, sebiji cili hidup (ikut kome nak pedas mana nak guna cili api pun boleh tapi nanti warna x sama pulak hehehe...), sedikit belacan bakar dan setengah biji buah tomato (korang potong dadu la senang nak tumbuk sebab berair kan)... tumbuk kasar je tau...

Baki minyak goreng bilis tadi kalau banyak kurangkan sikit kemudian tumiskanlah bahan² tumbuk tadi dengan menggunakan api kecik... harus di ingat ikan bilis tu masin jadi jaga² masa taruk garam gula tu... last sekali masukkan ikan bilis gaul rata dah siap!

ikan gelama jeruk goreng

~11hb Julai 2014 (Jumaat)

 kari ayam dan kentang

Ni kari versi mertua ajar depa masak kari rempah kari tu campur sikit cili kisar pastu ada taruk serai titik dan kalau nak wangi koyak² daun limau purut gitu... boh la air asam sikit ek... 
ayam goreng kunyit

~12hb Julai 2014 (Sabtu)

Menu berbuka beli kat bazar ramadhan Bangi je xsempat la nak masak sebab nak gi Nilai beli kerepek raya untuk MIL... Ingatkan ahad kedai tu tutup rupanya bukak ahahaha manalah den tau buka kalau x otw nak balik sok pagi leh gi sekali harung kan...

So xdelah teman memasak hehehe gantung kuali kekeke... menu sahur kandaku beli asam pedas pari jadi goreng telur mato je buat lauk sampingan....

kerepek raya

~13hb Julai 2014 (Ahad)

Lepas sahur teruslah mengemas beg sumbat kain baju nak balik kampung kan... wah awai giler pukul 9 pagi dah ada atas highway pastu jalan clear memang sonoklah hehehe... Exit Pedas Linggi ikut short cut nak pi Masjid Tanah tu akan lalu la area orang jual daging, burung, ikan keli salai ingat nak beli buat lauk berbuka tapi kedai tu lom buka lagi baru nak bako sabut herrmmmm xde rezeki kandaku.... katanya xpelah balik Putrajaya nanti kita singgah beli...

Sampai rumah MIL dalam pukul 10 lebih lepak² tolong sapukan rumah sikit xde buat mende pun hehehe.... bebudak punggah bakul mainan danish main lah sebab depa xmau tido... kalau si Farisya asyik cakap hari siang mana leh tido... ayah dia kata tido la rehat dia balas balik ayat yang sama hari siang mana leh tido hadoooiii pot pet² macam mak nenek...

 cuaca panas terik mandi jelah budak ni
maknya pun bosan hahaha

Lepas asar mulalah ketung ketang masak kat dapur... Daku citer la kat MIL otw balik tadi tengok kedai daging salai tu x buka lagi terus la MIL kuarkan daging dalam fridge gigih la beliau idupkan api pi salai daging tu.... wahhh dengar je anak terunanya nak makan terus la buatkan hikhikhik...

So menu iftar bersama MIL/FIL daging salai dengan mangga muda dan sayur campur... dah siap masak tu sempat la pi Param Masjid Tanah bukan main beli kuih memacam.... sudahnya berbuka kekenyangan minum air jagung dan air kelapa bergelas-gelas hahaha jamah cucur udang je sebab perut penuh dengan air....

Pukul 9 malam barulah makan nasi dengan 2F... 

~14hb Julai 2014 (Isnin)

Hari ni sepatutnya Faris sekolah tapi daku sengaja memontengkan dia sekolah sebab nak balik kampung kan... kekdah nak cuti panjang gitu....


Harini pun doq umah je xgi memana, petang kandaku pi Param dengan Faris berdua je daku malas nak gi... MIL soh masak kari ikan tenggiri dengan sotong goreng kunyit.... hadoii daku kena dera memasak hehehe....

Rupa-rupanya FIL dan kandaku beli lagi cucur udang dah penuh meja gamaknya semalam xsempat merasa yelah beli rm2 je... dengan roti john, kebab lagi nasi langsung la Faris x sentuh penuh dengan kuih je... daku bedal air bergelas-gelas hohoiii haus benor!

~15hb Julai 2014 (Selasa)

Harini kan ke dapat bonus raya yeayyy!

MIL kasi hint² beliau nak kipas berdiri nak letak kat dapur sebab panas daku pun doq bincang la dengan kandaku kami kongsi duit belikan MIL alang² dapat bonus tu kasi lekat sikit nampak barang kan....

Pukul 10 pagi gitu kami anak beranak + MIL pi la pekan Masjid Tanah sebab nak pi beli baju raya kat kedai kemboja pastu beli kipas terus... ahad aritu dah survey harga so tinggal bawak duit pi beli je...

kipas baru weehuuu
ni tema kami anak beranak 

Masa doq pilih baju anak beranak ni aku kenan warna ni kandaku pulak xde color sama untuk baju melayunya...bila kandaku pilih warna ni daku pulak xde saiz dan xberkenan dengan pilihan yang kedai tu kasi sudahnya daku cari baju kat lain anak² dan kandaku beli kat kedai 1st yang kami dah kumbah² tadi... yelah marah tuan kedai tu bila dah kumbah² pastu menonong tinggalkan pi kedai lain sebab nak cari baju daku hahaha.... 

Tahun ni baju anak dara x match dengan ibundanya sebab xde warna tu untuk baju kurung dewasa huwaaaa..... so pasrah jelah carba marba ek hehehe...

Lepas solat zohor kami bersiap-siap balik Putrajaya semula....sok dah mula kerja kome! MIL bekalkan memacam macam biasa la kan... ikan keli (@ ikan sawah depa kata) durian frozen ado, petai ado, daging salai ado, rambutan, cempedak dan kicap Jalen hehehe....

 ikan keli berlado
sayur bening
 bubur lambuk

Ni bubur lambuk surau bawah rumah ni buat... pekat dan ada pulak pucuk paku merah aikkk.... kandaku kan pentamak amik 2 bungkus last² sebungkus je habis Farisya bedal yang satu lagi dia kasi kat kawannya....

 kueh lopis
murtabak rm6 uniten

2 jenis ni kandaku beli kat Uniten... see tamak kan....

cempedak goreng

Ni aku la gatai tangan pi goreng sebab cempedak tu dah masak ranum kalu tunggu esok kang busuk pulak haisshhh nafsu tu....

produk Jalen

MIL kasi hehehe... ni produk sepupu FIL jadi kenalah sokong produk bumiputera kan

~16hb Julai 2014 (Rabu)

Dah cuti lama maka kembalilah kepada rutin seperti biasa.... tanya anak teruna nak makan pe berbuka dia mintak menu nasi lemak + sambal + ikan bilis + telur + ayam goreng katanya... 

Singgah la kedai macam biasa beli ayam pastu berkenan lak tengok kerang...rasa teringin nak cuba buat rendang wahhh berangan gitu... 

Doq berpencak silat kat dapur masak sudahnya sempatlah tanak nasi lemak, goreng ikan bilis, rebus sebiji telur, hiris timun dan gigih ni celur kejap kerang dan kopek cengkerangnya... kandaku soh goreng cili je macam selalu tu...ajenya gila makan nasi lemak sambil mengopek kulit kerang? hahaha....

 sambal kerang
ayam bakor sos percik

Macam biasa la kandaku ni dah masak pun dia akan pi Param juga beli air dan kekuih sikit... ni beli ayam bakor sos percik kat Bandar Tun Razak sedap! i loike! dapat nak makan berbuka dan sahur dengan ayam ni sebab beli seekor....

Farisya makan banyak Faris pun berselera sebab menu yang dia suka kan....

~17hb Julai 2014 (Khamis)

Menu harini simple je nasi goreng permintaan si Faris dan ayam masak merah permintaan kandaku... ikutkan si Farisya doq tanya xde ke telur goreng hadoiii ibu dah capek ok... nasib la tengah period jadi leh lah rileks² pas maghrib kan....

 ayam masak merah
 ayam goreng
nasi goreng

Si Faris bertambah makan kome! Kandaku penat sangat gamaknya melepek je kat rumah xpi Param macam kebiasaannya... Jadi untuk kasi tenaga daku bancuhkan air sirap... katanya berbuka dengan air manis kasi sikit tenaga setelah seharian berpuasa... ye ke? entah le tu kandaku la yang cakap....

ok tu le kisahnya tatatititutu..... :)









No comments :