CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, October 31, 2012

Selamat Idul Adha 2012




selamat petang kawan²,

Petang² ni cuaca gelap gelita di luar jendela rupa² hujan :), meh la aku dendangkan cerita pasai raya (ye aku selalu lambat harap maaf hihihi....). Macam kebiasaannya raya haji aku x balik raya kat perak (entah kenapa semenjak aku bujang dulu sampai la dapat anak 2 orang raya puasa je aku beria-ria nak balik beraya mungkin sambutan qurban tu xmeriah sangat...)

TAPI....

Aku xtau kenapa raya kalini aku nak pecah tradisi aku nak balik kampung juga! (aci x dah la raya puasa raya kat perak raya qurban pun nak raya kat perak jugak hehehe...) Nasib menyebelahi aku bila dengar citer MIL/FIL nak datang Nilai (rumah BIL/SIL dulu doq Kajang sekarang dah pindah) beraya kat sini dengan anak²nya...

Mulanya kandaku xkasi balik kang apa mak dia cakap kalu aku dan cucu²nya xde sedangkan kandaku beraya sesorang kat Putrajaya, puas memujuk dan menyakinkan aku balik 1 malam jek barulah kandaku kasi fuhhhh....!

Giler ke hapa balik 1 malam jek? Ye betoi la tu sebab aku tumpang anak buah (anak Yong) masa raya puasa aritu kakak x dapek balik raya sebab asben nya x dapat cuti jadi raya kalini depa suami isteri dapat cuti sehari tu yang nak balik raya juga... Ohhh sebab dah ada kete sendiri kan senang je nak balik x yah pening² fikir tiket bas/keretapi....

:: Balik raya hadap jem 5 jam! ::

~25hb Oktober 2012 (Khamis) 

Aku TERPAKSA amik cuti sebab pengasuh nak balik k'late anak² xde orang nak jaga + kunun²nya nak mengemas rumah yang dah macam tongkang pecah tu... Sampai la ke petang kain baju lom siap kemas kata teruja nak balik kampung kan... Lepas maghrib anak buah sms katanya pukul 9 baru sampai Putrajaya. Kebetulan pulak sejak petang hujan lebat sampai ke malam masih x reda. 

Ok² lambai/peluk cium kasih sayang dengan suami (sedih je bila dia nyanyi lagu ♫tinggal aku keseorangan, tiada lagi gurau sendamu♫ hahaha....) Alah sok malam dah balik sini jangan emo² sangat.....

Gerak masuk Tol Putrajaya dalam 9 lebih bila dah masuk damansara menuju ke Sungai Buloh dah mula jem mak aaiiii slow giler ++ kereta banyak (dalam hati berkata-kata hahhh sudah pukul berapa nak sampai kalu kete gerak 20km sejam jauh lagi ni....)

Lepas je persimpangan Rawang leh tarik nafas lega kununnya leh la pecut 80km sejam rupa²nya lom pun sampai sempadan negeri Selangor/Perak jalan jem semula dan maintain 20km sejam wawawa.... Serius dasyat sampaikan banyak kereta berhenti kat line kecemasan sebab kepenatan...

Aku dah lupa sampai kat mana polis bukak line kecemasan untuk melancarkan sedikit kesesakan tu. Rasanya sampai RnR Rawang kakak soh berenti dia dah x tahan nak kencing dan beli air kehausan sudah! Siap beli minyak angin cap kapak sebab pening huhuhu... Nasib ada anak buah yang n0. 3 (Mamat) ikut sekali jadi tukar driver sebab imran dah penat layan jem...

Ohh yea kakak no. 2 aku (Nyah) pun ikut balik tapi dia naik 1 kete dengan anak buah aku yang no. 2 (Wan) depa ikut bangsar kemudian ke Tol Duta rupanya sama jek situasinya jalan sesak xgerak langsung katanya....  




Berkat kesabaran kami akhirnya sampai rumah mak 2.30 pagi hahaha... Gilo sungguh! xpenah lagi aku lalui pengalaman balik malam raya pastu jalan sesak cengitu paling lama pun aku balik kampung 3 jam atas jalan.... Nasib la malam kalu siang tengahari panas deting camno hahaha...

:: Raya Qurban ::

~26hb Oktober 2012 (Jumaat) 
Pagi raya kami agak tenang x kelam kabut macam kebiasaan raya sebab xde 'baraan' dan bacaan tahlil di pagi raya kerna ada acara qurban akan di adakan + kesuntukan masa kan ke raya jatuh hari Jumaat...

Jiran sebelah rumah ada buat qurban tahun ni selalunya kat kampung aku ni xde sapa buat pun tu yang x semeriah macam raya puasa.... Lepas sembahyang raya jemaah lelaki balik rumah tukar baju sebab nak melapah daging lembu kan...

Sebelum lembu tu di qurbankan aku bawak anak dara aku tu tengok moooo.... Jadi inilah lembu yang aku maksudkan, tahun ni anak buah aku yang bongsu (Edy) dan Imran (suami kakak) ada masuk bahagian tapi buat kat Tapah Road keesokkan harinya (sabtu)...
   

:: Hantar Nyah naik bas kat Bidor & 
shopping @ TF Tapah ::
 
Nyah kata dia masuk keje pukul 2 petang, pas bungkus² lauk dan segala menu raya (mak cuma buat lemang, nasi impit segera, lontong, ayam masak kicap, ayam rendang, kulit lembu masak xtau nama dan kuah lodeh... Ehhh² sebab x jadi kenduri yong x masak kari ayam tapi dia tukar ke mee kari)

Hantar Nyah 2 kereta bawak mak + yong sekali sebab kami xde aktiviti kan hahaha bosan! Tiket bas dapat kul 11.40 pagi lepas lambai Nyah kami balik TAPI kami agenda tersembunyi hahaha gi TF Tapah (kunun² nak jamu mata je TAPI..........habis rm200 kekeke...)
   
   
 sumber foto : sini

Pasaraya TF ni baru je beroperasi sebelum ni jalan ni menuju ke Pasar Tapah dan ke atas lagi ada pasar malam sabtu. Selalunya jalan ni memang sesak x kira masa kalu ada pasar malam lagi lah sesaaakkk....

Semenjak pasar dah pindah ke tempat baru banyak pembangunan dan lot² kedai tumbuh macam cendawan... Kami pun jakun nak gi TF yang yong gembar-gembur best sangat tu... (si penjual tiket bas kat Bidor pun cerita dia sekeluarga gi shopping kat situ wahhhh....)

 

Kalu korang nak tau TF ni ala² macam econsave la, aku sempat sambar selipar untuk diri sendiri selainnya makanan kudapan anak² la... Mak pulak beli beli bekas air 30 liter (macam kenduri kawin tu) harganya RM29.90 jek woww! Barang² merapu lain anak buah aku yang beli, Yong pulak top up kan barang dapur mak beli tepung la, beras la dll...

Terkejar-kejar nak balik sebab kaum adam nak gi sembahyang jumaat kan, petang pulak aku golek² dalam bilik sambil bersembang kosong sekali mak, yong, kakak pakat tidur aku pulak dah menyusukan Farisya terkebil-kebil x tau nak buat menda... Internet kat kg ni slow macam siput kalu bawak berukband pun xde signal langsung nasib baik leh call/sms ok... 

Lepas asar aku doq merayau-rayau keliling rumah kemudian berehat kat stor tepi bilik mak terpandang buah kelapa terdetik dalam hati dapat minum air kelapa cuaca panas² ni best ngak... Maka gigih la aku gi kait 4 biji kelapa dan sapa mangsa aku soh kopek kelapa??? sapa lagi Yong la hehehe....

Sedap dapat minum air kelapa sejuk sampai kembung minum banyak sangat hahaha... Mak xde masak makanan lain jadi kami doq ulang menu raya tu sampai ke malam (naik muak juga nasib ada nugget, kentang goreng beli kat TF pakat berebut makan reramai...)

Sempat juga aku petik pucuk ubi mak depan rumah, bekal bawa balik Putrajaya yong dengan kakak dah siap tapaukan lauk wahhh syok looo... Yong raya ni buat rempeyek je dapat la 1 plastik kecik buat kudap² di kala xde makanan kat rumah nanti hehehe....


                                                    :: Balik Putrajaya ::
 
Malam tu balik sebab esoknya (sabtu) kakak dah masuk kerja, Pukul 8 lebih naik Tol Bidor sampai Putrajaya pukul 11 selamat sampai rumah al-hamdulillah... Terima kasih kat anak buah aku yang sudi tumpangkan aku 3 beranak balik beraya dan jumpa mak... Sedih bila nak balik mak peluk sesungguh wawawa.... Nanti kita balik lagi ye................

Sampai rumah ada sup daging, kandaku x ikut balik kampung sebab masuk bahagian melapah daging qurban kat Putrajaya (14 ekor lembu) depa buat kat Presint 16 sama macam tahun lepas. Al-hamdulillah dapat makan sup tulang dan dapat daging fresh...

~27hb Oktober 2012 (Sabtu) 

xde aktiviti selain berehat santai di rumah tapi kandaku masih bekerja seperti biasa, petang tu beria la aku masak daging sambal jadi menu hari ke-2 raya daging qurban ye... 

:: Sinki tersumbat ::

kebetulan sinki dapur tersumbat air bertakung jenuh la kandaku doq pump², jirus air panas xmau jugak penyudahnya korek lubang kat mesin basuh tapi ok jugak.  Korek salur bawah sinki pun x ok juga... Akhirnya kandaku sembur lubang alur air kat bawah sinki tu terus tersembul keluar macam ta*k keras kat lubang air kat mesin basuh tu (rasanya lemak, nasi yang mendap dah lama kot geli je kandaku kutip buang haha.....)

 

 ~28hb Oktober 2012 (Ahad

Harini pulak MIL ajak makan tengahari sesama kat Nilai, aku kunun²nya nak singgah nilai 3 beli kain pasang (berangan nak buat baju kurung lagi la) tapi xsempat beli yang kami beli karpet hehehe....... (ehh ni xde plan pun nak beli ingatkan nak beli tikar buluh je sebab tikar buluh buat lapik meja makan tu dah uzur sangat) MIL pun beli tikar buluh yelah alang² sampai nilai 3 shopping yeayy!!


Ohh yea ni karpet citarasa kandaku terbesar pulak tapi x pelah mana tau masa akan datang kalu ada duit lebih nak beli meja makan 8 kerusi pulak sekarang ni kami 4 veranak ngam² je duduk huhuhu....

okies panjang nar cerita rayanya kan... ok daaaaaaaaaaa..........


Wednesday, October 24, 2012

Farish Akmal 6th! ♥ Hepi birthday :)



:: Hepi B'day Farish Akmal ::


~21 Oktober 2012 (Ahad)

Harini merupakan hari kelahiran anak terunaku iaitu Farish Akmal yang ke 6 :) al-hamdulillah dah besar panjang anak teruna ibu ni. Ohhh ye masa penghujung syawal lepas kebetulan ada jemputan ke rumah kawan asben dan beliau sekeluarga ada wat open house + sambutan bday anak lelakinya yang kebetulan sama nama (Farish Iskandar), anak terunaku tu berangan-angan nak sambut birthday sebijik serupa macam FI.

Herrmmm ibu dengan ayah + adik dengar jelah angan² yang di bayangkan dengan cerpen pendek (selalunya ayat abang penuh dengan perkataan "pastu kan....pastukan....pastukan....")

Farish pun impikan sambutan birthday dengan belon tergantung sana sini, ada goodies untuk kawan² dan sebijik kek untuk dia tiup puhhhhhhhhhhhhhhh....!

TAPI.......

Memandangkan birthday mu jatuh pada hari ahad sebelum ibu dapat gaji dan ayah pun malas nak layan sangat maka si ayah memenuhi juga lah permintaan anaknya kesayangan... 

Sebelum melelapkan mata tiba² kakak ke-2 ku call wish birthday, beliau ingatkan hari sabtu birthday farish rupanya keesokkan harininya... Farish tanpa segan silu minta hadiah hahaha gelak besar lah aku dengan asben sebab kami x ajar pun dia minta² hadiah....


Birthday boy mintak jam tangan Ben10 maka pada hari kelahirannya si ayah ajak kami semua gi Mines (ohh ye sebelum tu aku ada ajak beliau cari leather case cover & screen protector untuk hp aku la ingatkan nak beli petang isnin~hari gaji la kan, tapi dah beliau nak blanja laju je angguk kepala hehehe......). Maka termakbul la impian sang teruna hehehe...........


ni dia yang soh mik gambar dengan jam idaman kolbunya....
adik pun nak juga...tapi xde lampu² macam abang la...


**************************************

:: Lawatan sambil belajar ~KidZania @ Damansara ::

~22 Oktober 2012 (Isnin)

Kebetulan juga sekolah ada buat lawatan sambil belajar gi KidZania maka bonus la untuk Farish bersempena birthday beliau semalam...

Bukan main seronok dia bercerita apa yang dia buat sepanjang lawatan tu, siap bagitau kat aku ni cita² dia untuk hari mendatang nak jadi Abang BOMBA.... Biasa la budak² x tetap pendirian kejap nak jadi polis trafik, kejap nak jadi polis (terpengaruh drama tv2 la tu) Tapi kalini macam nekad dah nak jadi Abang Bomba juga hahaha...

gambar bangunan KidZania
 
 ni Farish bawak balik sebagai tanda kenangan

So sesapa yang nak bawak anak gi alami sendiri pengalaman sebenar setiap pekerjaan yang di cita-citakan oleh anak masing² sila bawa ye berbaloi-baloi! korang x percaya? haaa baca link kat bawah ni semua...

review : KLIK SINI, KLIK SINI, KLIK SINI 


:: Dapat Hadiah ::

hadiah untie ilah kasi buku leh la Farish bertatih mengeja dan baca 
buku cerita tauladan :)

Kat opis lak xdisangka-sangka ada hadiah untie ilah kasi buat Farish, segan lak ibu kat untie ilah yelah walaupun xseberapa katanya tapi ibu tetap rasa segan silu huhuhu........


:: kanak² ribena 1st time tengok wayang ::


Oleh kerna ibu xde beri pe pun hadiah maka ibu kasi peluang la kat 2F buat pertama kalinya nengok wayang. Wahh gigih register online sebab nak beli tiket kan tapi sangat ralat bila jakun xpenah tengok citer 3D aku gatai tambah seat semata-mata nak kan spek mata 3D (padahal umur bawah 3 tahun free je masuk tapi kene pangku la)

Pada pemikiran kolot aku + terpedaya dengan kata² asbenku nanti skrin tu blur x nampak kalu x pakai spek cian la kat Farisya orang sedap² tengok gambor cantik dia sampai nak juling mata tengok skrin tu....rupa² tulisan translation je yang blur gambar ok je cantik waaaaaaaaaaaaa....debush² hentak kepala kat dindingggggg!!!!

Dah rugi rm12 sebab tambah seat + amik spek 3D Farisya xguna pun sebab besor gabak wawawa........ Masa doq dalam panggung 2F ok je sebab dah sogok dengan pop corn hahaha... 

TAPI........

Farisya muntah² sebab makan pop corn banyak sangat kot x pasal² semerbak 1 panggung bau muntah + baju dia kotor + seluar aku sekali kotor wawawa.......Aku lak tadah dengan shawl yang aku beli masa jaga jualan Puspanita kat D8 dulu, bila Farisya dah xmuntah lagi sepantas kilat bawak gi toilet cuci apa² yang patut. Sayang sekali shawl tu aku buang dalam tong sampah sebab kalu aku cuci pun kang nak letak mana bawak lak beg tangan chomei sangat pasrah jelah buang anggap jelah kami xde jodoh yang panjang..sob...sob...sob......

Mood dah ke laut masa tu tapi citer berbaki 1/2 jam lagi, Farisya mula galak dalam panggung haaa sudah budak ni dah mula buat bising risau orang lain terganggu pulak... Nasib baik juga panggung xpenuh sebab hari kerja agaknya....

jangan terpedaya kami bukan tengok citer ni hehehe.....
melaram dengan spek 3D
Panggung kosong 1 row ni kami 4 veranak je


Kami tengok citer ni............





















Hotel Transylvania (3D) (English)

Welcome to the Hotel Transylvania, Dracula's (Adam Sandler) lavish five-stake resort, where monsters and their families can live it up, free to be the monsters they are without humans to bother them. On one special weekend, Dracula has invited some of the world's most famous monsters - Frankenstein and his bride, the Mummy, the Invisible Man, a family of werewolves, and more - to celebrate his daughter Mavis's 118th birthday. For Drac, catering to all of these legendary monsters is no problem - but his world could come crashing down when one ordinary guy stumbles on the hotel and takes a shine to Mavis.


 Hotel Transylvania cast list movie poster

Classification: P13
Genre: Action / Animation / Family
General Release Date: 27 Sep 2012
Running Time: 1 Hour 31 Minutes
Distributor: Sony Pictures Releasing International
Cast: Adam Sandler, Kevin James, David Spade, Steve Buscemi, Andy Samberg, Fran Drescher, Cee Lo Green, Molly Shannon, Selena Gomez
Director: Genndy Tartakovsky


Hotel Transylvania Movie Stills (© Sony Pictures)

review : KLIK SINIKLIK SINI


Penyudahnya malam tu ibu kene 'pow' lagi huhuhu xpelah hari gaji leh la blanja makan tapi si ayah nak makan nasi arab juga alahaiii sedap sangat ke sampai nak repeat banyak kali huhuhu.... Perut kenyang kami pun balik rumah sebab esokkan kerja....

sekian cerita birthday si Farish Akmal, nak tau citer pengalaman semasa melahirkan dia dulu? baca SINI

Wednesday, October 17, 2012

musim tengkujuh dah tiba



~10 Oktober 2012 (Rabu)

Ohhh korang semua sedia maklum aku kan suka simpan citer hahaha dah nak basi baru nak citer xngape ler janji blog aku ni ada citer nak aku pot pet kan...kan...kan... Ni kisah musim tengkujuh@hujan@"musim mengawan" ehhh hehehee......... sejuk² syok pe kikikiiiiiiii............

Dah² fikiran jangan ke lain ek sambung citer balik.........

Kebetulan hujan lebat sangat pakej guruh, kilat sabung menyabung dengan petir dentam dentum (pada tarikh kejadian) nak balik tapi xberani nak turun tunggu bas jadi bersabar la doq opis tunggu hujan reda sikit sesambil sms kandaku minta simpati mai la amik daku ini sob..sob...sob....

aku : ujan lebat sini x berani nak turun tunggu bas
dia : sini pun ujan, jalan jam

masa berginjak cepat aku toleh jam dah 5.30 petang tapi hujan masih lebat dan belum menunjukkan tanda nak reda... mula la cuak fikirkan lambat kang sampai rumah nak amik anak.... 

aku : hujan lagi ni camne?
dia : tido je kat opis
aku : ngok!
dia : :-p (simbol jelir lidah)

xsampai 5 minit kemudian kandaku call cakap nak amik wahhhh terus lega kalu turun entah ada ke x bas ye x.... Kandaku pun sampai hampir² jam 6 petang selalunya dia tunggu kat bus stop jek tapi hari kejadian dia soh aku tunggu kat lobi atas katanya jalan naik air Oooooooooooo...........

Kami kununnya nak elakkan jalan yang naik air sekitar Putrajaya ni terus la ikut jalan belakang (ikut jalan Pinggiran Putra) sekali lepas je simpang masuk Taman Perumahan Pinggiran Putra dah mula jam. Ngape pulak ni memula ingat mesti ada kemalangan rupa²nya jalan naik air haissshhhhh! Patut la ada yang berani u-turn ikut laluan motosikal (menyonsang arus) bior betik!!!


Sebenarnya masih leh jalan lagi tapi sesapa yang nak masuk simpang keluar ke Kajang (kalu x silap aku lah) jalan tu naik air dalam jugak tapi ada je yang berani mati main redah je.... Nasib baik satu line jek naik air jadi aku leh meneruskan perjalanan balik dan macam biasa traffic light nak ke ke kanan menuju presint 15 sokmo kereta tersusun panjang kandaku malas nunggu que lelama ikut jalan Alamanda x banyak sangat kete katanya (aku rasa jauh sikit la tapi sebab dia yang bawak kete ikut yolahh.........)

sama jek ikut jalan alamanda ni pun keto banyak juga laaa....

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

 ~16 Oktober 2012 (Selasa)



:: Hujan Lebat Pintu Kaca Pecah Berderai? ::

Okies lompat pulak citer pasai kejadian semalam pulak, petang semalam pun ujan bukan main lebatnya aku kira sekarang ni x kira siang ke malam mesti ujan kan..kan...kan...

Hujan lebat dengan angin sekali masa nak punch card kat lobi pintu masuk (pintu kaca) pecah berderai nasib baik xde sesapa yang keluar masuk kalu x mesti ada yang cedera kene kaca....

Hujan² pun aku redah je gi tunggu bas kang tertinggal bas 1 hal pulak nak balik naik pe... Ohh ye semalam aku x sms pun kandaku tanya balik lambat ke x hehehe.... Masa tunggu kat bus stop ni memang rasa takut sebab kilat & guruh berdentam dentum, bas pulak lambat maka berzikirlah sambil terkejut² bila dengar guruh....


jalan pun penuh air

terkejut+takut dengar bunyi guruh & kilat yang kuat


Rasanya semalam aku sampai rumah pukul 6 suku dah macam pokok krismas je badan aku ni sebab gi kerja 2 beg kiri kanan tangan ada beg (beg susu + hand beg) balik pulak amik anak tambah lagi beg baju, beg susu + dukung Farisya lagi wawawa..... (kalu x ujan aku soh dia jalan sendiri jek) Nasib rumah blok yang sama beza tingkat je...

Sampai rumah nampak kandaku doq belek absober kete ohhh balik awal rupanya huhuhu... Masuk rumah kemas segala mak nenek kain baju kotor dan basuh botol susu Farisya + simpan hand beg dan keluarkan handphone oohhh baru terperasan ada miss call. Rupa²nya kandaku call risau la tu ekekeekeee.......

Balik semalam rasa nak masak sup kentang dengan suuhon jek tapi kat rumah non ado la pulak suuhon jadi aku soh kandaku gi kedai tapi dia malas pakej penat sangat katanya. Jadi hip² hoooreeyyy la untuk kanak² ribena 2 ketoi tu sebab ibu dia bawak gi kedai :)

Aku beli sayur 2,3 jenis tapi lauk x beli hahaha.... Kununnya nak soh kandaku beli harini kebetulan anak buah nak datang rumah malam ni (nak tunjuk keto baru beliau la tu kakak aku no. 2 dah dua kali bawak aku anak beranak naik Pesona dia ronda² Putrajaya)

 
 :: Rumah Terbakor Panggil Apa Kawan²?........... ::
   
Masa aku doq ralit siang bawang nak masak sup kentang idaman kolbu tetiba aku dengar siren kuat neno neno makin lama makin nyaring dan dekat... Ehhh apahal aku jenguk kat tingkap dapur ramai orang doq mandang ke atas apehainya ni... Dah macam minah kapochi lak aku ke gi depan (balkoni) nampak 2 biji jentera bomba dan abang bomba doq lari² + ada pulak 2 biji kete peronda Polis apa lagi aku jerit² kat kandaku soh riki² ape telah terjadi ni...

Aku soh kandaku tegur abang polis tanya naper ramai² orang ni (oohh umah aku tingkat 3 je jadi leh la laung² gitu jek) abang polis kata ada rumah terbakorrrr... Ooooooooooooo.......... tapi aku x dapat nak nengok sebab rumah yang terbakor tu xtau tingkat berapa jadi aku dapat nengok abang bomba pun jadilah hahaha........
  
 

Orang sibuk nengok abang bomba padamkan api aku teruskan agenda memasak aku yang tergendala tadi... Jadi makan malam aku anak beranak ikan sardin masak sambal cili hidup, sup kentang + suuhon + bebola ikan dan ikan tamban goreng garing bersama bawang & cili



 Simple jek :)

Okies itu je laporan warta kapochi untuk rangkuman cerita minggu lepas dan minggu ni kalu rajin aku hapdet citer lagi ekkk

daaaaaaaaaaaaaaaa............