~06 Mei 2010 (Khamis)
Kisah bermula di pagi hari, rutin harian menghantar farish ke nursery sebelum en somi menghantar daku ke Mines. Si somi berkata "hari ni kita naek motor ye dah seminggu lebih xnaek motor". Maka aku menurut sahaja titah perintah si somi tercinta.
Setelah memanaskan enjin sambil memanaskan hati jiran tetangga dengan bunyian enjin memekak kuat lalu ku dengan berat hati memberitahu si somi angin tayar belakang agak kurang, si somi menganggukkan kepala dan merencana mahu mengisi angin dan minyak di stesen BP berhadapan Macy, Serdang.
Lalu perjalanan pun bermula akan tetapi aku mula merasai ada sesuatu yang xkena bila si somi mengurangkan kadar kelajuan dann..... betul2 100m sebelum persimpang UPM-Serdang aku menjerit takut dan menyuruh si somi memberhentikan motor di tepian jalan. Nyata sekali ketakutan, kerisauanku benar2 terjadi tayar motor kempis habis...wawawa...maka menapak lah daku membontoti si somi.
Seraya ituw si somi senyum sinis dan berkata "masa nilah ibu nak exercise hehehe". Aku cuba menelefon eo dan memberitahu daku ini pastinya lewat masuk opis isk..isk..isk...
Mulanya ada seorang lelaki menawarkan diri mahu membantu tapi somi kata xmengapa lalu lelaki ituw pergi... Selepas itu ada seorang lagi lelaki (dalam lingkungan umur 40 tahun) bersungguh-sungguh mahu membantu.
Beliau memberikan motornya kepada kami berdua dan membawa motor kami yang kempis tayarnya. Beliau memberi 100% kepercayaannya kepada kami untuk meminjam dan menggunakan motor miliknya. Al-hamdulillah, terima kasih!
Aku sempat mengambil gambar sewaktu pakcik itu membonceng motor kami yang pancit dan kami membontoti beliau sehingga sampai ke kedai membaiki motor di Serdang.
Usai menolong kami dan menunjukkan kedai membaiki motor pakcik yang baik hati ituw pun berlalu pergi... Terima kasih pakcik!!! (sayang xdapat tangkap gambar wajahnya cuma posisi dari belakang dan tepi je...)
Motor kami tersadai depan kedai tapi sayang sekali kedai hanya di buka jam 9.00 pagi. Masih berbaki 1 jam penantian maka si somi mengajak daku breakfast dahulu. Kebetulan ada kedai makan selang sebelah kedai motor tersebut.
Keadaan motor kami yang terbarai, en somi memerhatikan proses menukarkan tayar dan tiub getah. Aku tabik spriinngg sebab yang mengodek motor kami amoi lorr. Brutal ooo pompuan ada bengkel baiki motor...
Hasilnya Tayar baru 2, maka RM60 terbang di pagi yang syahdu ituw...Waktu ini jam sudah 9.25 pagi, kami di stesen minyak mengisi minyak pula.
No comments :
Post a Comment