CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, December 13, 2013

Kronologi~Kisahku mencari kerja


Assalamualaikum


Haaa korang pernah x kerja masa cuti sekolah ke lepas SPM ke sementara tunggu result? Ohooo daku lepas SPM ada la cuba mencari kerja mulanya sebagai kerani di tempat jual beli buah kelapa sawit kat kampung sebelah (xtau apa nama tempat tu hahaha peraih la kot) Aku pi la belajar dengan kakak kerani yang nak berhenti kerja tu, kebetulan masa tu bulan puasa. 

Kakak kerani tu ajar la camne nak set kan timbang lori yang penuh muatan dengan buah kelapa sawit kemudian buah tu depa keluarkan dan timbang semula lori kosong tanpa muatan. Ada la cara perkiraannya berapa tan buah dan bayar cash kepada si penjual... 

Mulanya aku setuju terima kerja tu tapi bila tiba hari 1st day kerja masa tu aku dah sampai depan pagar opis pun tapi sebab sampai awal sangat entah hasutan apa ntah merasuk aku terus aku nekad xmau kerja dan kayuh basikal lelaju balik rumah dan ajak abang aku hantar aku pi menyorok kat rumah Yong (rumah Yong kat Taman Midah, Tapah Road jarak dalam 9 km dari rumah mak aku).... Alasannya aku takut sebab sorang² pastu kene berurusan dengan orang dan duit....

Bakal bos aku tu melilau cari siap datang rumah mak tanya pasal aku, yang aku ni sebab takut terserempak dengan bos tu sanggup ikut jalan hutan hahaha kelakor je ingat balik.... Dah x mau kerja kerani tu aku pepandai ajak kawan aku pi Ipoh kununnya nak cari kerja (kebetulan cucu jiran sebelah doq kat Taman Perumahan Tanjung Rambutan tu ajak cari kerja sesama) tapi mak dengan Yop x izinkan...

Kesudahannya aku ikut Nyah dan menumpang kat rumah sewa dia.... Dia lah usung aku ke sana ke mari cari kerja... Bagi tempat tinggal, makan pakai dan biaya tambang aku pi balik kerja.... banyak jasa dia pada aku dan famili tapi sebab mulut dia lazer sangat kot jadi kami semua x berapa nak berkenan tinggal dengan dia.... 

Selama aku kerja kat KL aku boleh tahan duduk dengan dia semua famili aku memang tabik spring kat aku hahaha.... Dulu aku manja sangat kot takut doq sendiri, x reti berdikari tu sanggup bertahan doq serumah@sebilik dengan dia... 

Padahal anak buah aku si kakak tu cuma tahan doq dengan dia sebulan je pastu nangis² lari balik kampung hahaha, mak aku pun bergenang ayor mata ko duduk rumah dia hahaha sekarang ni dia pujuk² anak buah yang lelaki dan Yop duduk dengan dia sekali pun deme buat dono je.... Duduk le sesorang jodoh xde tu yang kesunyian gamaknya....


::: H-SMART SUPERMARKET (CASHIERS) :::

# 5-5-1999 hingga 30-6-1999 #
 
Jadi kerja yang aku dapat cashier kat Pasaraya  H-Smart, aku jaga tingkat 2 bahagian pakaian lelaki, perempuan dan kanak².... Tapi kerja pun x lama ada la sebulan lebih sebab mak bagitau aku dapat tawaran masuk Form 6 kat Sekolah Kebangsaan Buyong Adil Tapah. Aku memang x isi pun borang apply masuk universiti sebab aku fikir mak aku orang susah kalu masuk U nak pakai banyak duit dan kalu dapat U jejauh macam mana..... 

Keje kat sini la aku mula main cinta amboi²!
 
Banyak kenangan kat sini walaupun tempohnya singkat....
  
Nampak tak bentuk lekuk separa bulat dalam gambo tu haaa tu la tingkat 2 area tepi tingkap tu bahagian untuk baby dan kanak² tapi aku cover keseluruhan tingkat 2 tu... Alah ada 2 tempat cashier je pun gilir² la kekadang jaga kaunter cashier pakaian wanita dan lelaki kekadang jaga kaunter baby tapi merasa juga time sale jaga kat tingkat 1.

Time lunch reramai geng yang rehat sama waktu pi merayau-rayau area belakang tu ada food court kan, kekadang tapau makanan dan makan kat tempat loker yang xdelah besar sangat pun leh letak satu meja makan je dan kalu penuh tunggu turn untuk makan :) 
 

2, 3 hari keje aku dah sesat barat ok! Aku lupa hari ke-2 @ ke-3 gamaknya masa tu aku shif petang balik pukul 10 malam ++ dan aku sesat sampai ke Chow Kit huwaaaaa pengalaman yang sukar aku lupakan... Nyah ajor aku boleh naik apa² bas je kemudian petik loceng mintak berhentikan tepi hway tu tapi x semua driver bas buat gitu dan takdir aku malam tu bas tu x mau berhenti wawawa.... sebelum tu pernah juga terjadi gitu tapi driver bas tu mau berhentikan bas dan turunkan aku tepi hway Mid Valley tu...(masa tu Mid Valley belum siap lagi jadi aku jalan la pelan² sampai ke Kerinchi).

Duit xde nak naik bas masa tu dah dekat pukul 12 tengah malam waktu perjalanan bas dah tamat... Dalam tangan ada la 0.90 sen je aku pelan² jalan kaki sampai lorong sunyi ada pondok telefon terus aku call kakak aku masa tu mana ada hp lagi nasib baik ada telefon rumah, nyah tenangkan aku dan suruh aku naik teksi katanya sampai rumah nanti dia akan bayarkan tambang teksi tu....

Ngeri kat lorong tu ada pakcik tua lambai² soh ikut dia (gamaknya dia ingat aku 'niaga' kot choiii!), ada drug addict melilau keluar masuk lorong tu wawawa aku nangis ketakutan nasib baik juga jalan tu teksi ada lalu lalang terus cecepat tahan teksi dan berharap cepat sampai rumah.....   

Bila aku call mak kat kampung mak bagitau ada surat offer masuk Form 6, aku tanya mak boleh ke aku sambung belajar lagi? Mak dan Nyah soh aku terima tawaran tu jadi aku berenti kerja dan balik kampung tapi mybe sebab dah mula main cinta fokus nak study tu ke laut hahaha....


::: JAYA JUSCO MID VALLEY (SALES ASSISTANT) :::

# 7-2-2001 hingga 30-6-2001 #

Datang KL semula sementara nak tunggu result STPM pulak.... Merata tempat la Nyah usung aku pi cari kerja dan akhirnya dapat kerja kat Jaya Jusco Mid Valley. Kali ni jadi SA pulak jaga bahagian Inner Wear kikiki....


Haisshhh kat sini pun main cinta juga dengan si 'Z' pulak tapi kerja pun x lama sebab masalah rumah sewa + aku selalu kena migrain yang agak teruk... Nyah dapat dah bilik sewa tapi aku xreti nak hidup berjauhan dengan Nyah yelah adik bongsu masa tu aku x berani nak hidup sendiri dan berdikari.....

Nasib baik company ada sediakan bas jadi pergi balik kerja ada transport, tahun 2001 ni belum ada bas nak gi Mid Valley tu kalau nak pergi sendiri kenalah naik teksi... sempat la ikut company pi dinner dan dapat tengok Ziana Zain secara live sebab beliau yang buat persembahan :)

Gaji pokok rm450 je

Aku berhenti kerja dan balik kampung sebab masalah rumah sewa dan sakit migrain yang agak teruk tu, balance duit gaji yang ada tu aku pi belajar komputer kat Tapah. Lama juga aku menganggur kat kampung doq celah ketiak mak hahaha....


 ::: INSTITUT KESIHATAN UMUM, BANGSAR 
(JURUTAIP & PEMBANTU PENYELIDIKAN) :::

# 4-2-2002 hingga 30-3-2002 #

Datang semula ke KL dan Nyah lah heret aku ke sana ke mari cari kerja dan akhirnya dapat kerja sebagai Jurutaip sambilan kat Institut Kesihatan Umum, Bangsar. Memula masuk kerja tugas aku kena amik minit mesyuarat dengan Pengarah dan doktor² sekalian, jenuh buat minit hahaha....

Gambar kenangan
Iklan ni aku simpan lagi sampai sekarang

Aku jadi Jurutaip pun x lama lepas tu Bahagian Penyelidikan Sistem Kesihatan nak buat survey secara besar-besaran 1 Malaysia jadi depa keluarkan iklan cari Pembantu Penyelidikan (Sambilan) di bawah Projek 'Responsivences'. Aku pun apply la sebab gaji mahal sikit la daripada Jurutaip.

# 1-4-2002 hingga 31-12-2002 #

Buku ni la kena usung dan interview pesakit
macam² soalan ikut peringkat umur dan tahap kesihatan

Ada 2 buah buku soalan sebenarnya jadi merasa la aku ikut doktor Geetha pi Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang selama 3 hari pi interview pesakit. Interview orang accident patah liuk lah, orang kena penyakit kencing manis, kanak² dan yang paling kelakar nak interview pasai kesihatan gigi tapi pesakit tu x leh nak cakap dah macam itik dengan ayam je gaya bahasa hahaha....

Balik daripada survey tu semua pakat masukkan dalam database dan habis je projek tu kontak aku pun berakhir.... Sedih giler sebab rasa seronok keje kat IKU ni tau.... Drama nangis² kat Tasik Titiwangsa (sesi luahan hati kepada kandaku itu)

Kebetulan masa ni Nyah dah pindah duduk menyewa kat Taman Medan, Petaling Jaya mulanya dia ajak duduk sekali tapi aku x mau sebab jauh dan kena tukar 2 x bas. Jadi aku mula belajar hidup sendiri dan berjauhan dengan Nyah.... Masa ni aku nekad kena belajar hidup sendiri x leh nak bergantung harap kat Nyah selamanya....

Semenjak berkawan dengan kandaku ni aku xde lah nakal sangat macam dedulu hahaha gamaknya faktor umur kot ++ masa memula sampai KL biasalah orang kata kejutan budaya tu yang Nyah asyik mengamuk je dengan aku walaupun aku on off keje kat KL ni.....

2 bulan lebih aku menganggur xreti nak cari kerja sendiri yelah sebelum ni Nyah la yang tolong carikan dan bawak aku siap temankan sampai aku berjaya dapat kerja.... Ada jugalah housemate bawa pi opis dia cuba nasib mintak kerja tapi bukan rezeki aku agaknya....

Nasib baik gaji masa kerja kat IKU tu ada berbaki dengan duit tulah aku meneruskan hidup sedih giler nasib aku terkontang kanting waktu tu x de arah tujuan..... 


 ::: C.K.LEONG & NURBAYA (LEGAL CLERK) :::

# 3-3-2003 hingga 13-5-2005 #


Aku baca iklan kat surat khabar ada kerja kosong kat Legal Firm area berhadapan NST Bangsar tu maka aku beranikan diri pergi interview sungguh la bernasib baik gamaknya dapat kerja tu yeay!!! 



SUITE 8-8-2, MUTIARA BANGSAR
JALAN LIKU, OFF JALAN RIONG
59100 KUALA LUMPUR

Aku ni dah la xtau pasai Legal Firm ni tapi bos aku kak Baya kasi peluang kat aku belajar pelan², ikut dia attend client kat luar, belajar siapkan dokumen perjanjian jual beli rumah, call developer, call PKNS, call bank dan kejar client soh bayar invoice.... 

kak baya dan eija
kak siti buat 2 kerja selain conv dan HR
Ini lah gaji aku memula dulu
Gaji terakhir ;(

Dengan gaji kecik nilah aku menabung simpan duit nak kawin siap boleh kasi mak lagi duit belanja setiap bulan... Macam x percaya je kan... Aku berjimat cermat nasib baik juga opis x berapa jauh dan tambang bas pun cuma 0.50 sen sehala je...


 ::: KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) :::

# 16-5-2003 hingga sekarang #

Sesambil tu aku isi jugalah permohonan kerja gomen mana lah tahu sangkut ke kan...Rezeki yang tak di sangka² dapat surat untuk Ujian Kederasan Menaip bulan 10 2005, masa ni aku cuak gila sebab 2 tahun x guna perisian Microsoft Word ni kat Legal Firm depa pakai perisian lain... Gigih la tekan² keyboard laptop kandaku pinjamkan kununnya berlatih la kot² leh refresh balik memori masa belajar dulu.....


Masa ujian dapat jugalah menaip hingga selesai dan kata urusetia kalau x banyak kesalahan insya Allah Kementerian akan panggil interview.... So berserah jelah nasib kalu dapat tu rezeki nak kawin la tu.... Lepas tu aku pun makin lupa pasai ujian tu sebab bizi uruskan kenduri kawin aku sendiri kan....


Al-hamdulillah aku lulus ujian haritu dan dapat surat pangilan untuk sesi interview pulak.... Masa aku pi kebetulan masa tu Pak Lah jadi PM dan hari sesi interview tu arwah isterinya meninggal dunia aku pun call la PSM tanya sesi interview ada ke x (lurus bendul sangat aku ni apa kaitan lak dengan sesi interview kerja ni kan hahaha)

Masa sesi interview aku bantai je bahas gitu gini... soalannya apa punca keruntuhan moral di kalangan remaja... Aku salahkan mak bapak yang sibuk bekerja dan anak² terbiar tapi pegawai yang interview aku tu agak x bersetuju dengan pendapat aku hahaha....

Bukan main bedal mak bapak yang salah sebab masa tu xde anak sendiri jadi xtau situasi sebenar iaitu realiti kehidupan sekarang ni yang penuh pancaroba kan... pengaruh kawan², kurang didikan agama dan kesibukan ibu bapa pun leh jadi punca kan.... 


Masa dapat surat ni aku dah pregnant dan berulang alik Kajang Bangsar hehari kandaku amik hantar pastu dapat stiker surat berdaftar soh ambik di Pejabat Pos (surat sampai rumah tapi xde orang kan), kandaku yang pi amikkan....  x boleh blah call soh berenti kerja notis 24 jam hahaha!!! Dia baca surat tu dan bagitau aku dapat kerja tetap wah² melompat hepi ok!

Aku bagitau kak Baya aku dapat kerja gomen dan mintak resign 24 jam sebab nak uruskan medical check-up dan tarikh lapor diri tu selang 3 hari je.... Nasib baik kak Baya lepaskan aku dan x mintak berhenti dengan bersyarat atau potong gaji ke hapa.... terima kasih kak Baya!


Aku lapor diri kat JPA dan kemudian dapat surat penempatan kiranya ada 4 orang la yang 1 Kementerian dengan aku... Tapi sampai sekarang ni yang tinggal kat Kementerian ni aku dan sorang lagi (doq PSM aku lupa namanya hahaha) je 

Ni gaji aku memula keje gomen (status Tetap ek)

Sesungguhnya rezeki anak kan sapa tau, masa lapor diri usia kandungan aku 5 bulan. Memula dulu aku tumpang biras aku pergi balik kerja kebetulan juga dia memang kerja di KKLW juga (jangan kata aku guna cable ke hapa ye beliau x de kaitan pun pasai kerja ni)

Hari² sangkut jem dan sampai opis lewat sob...sob...sob.... sampai 1 tahap bila tuan rumah nak balik rumahnya semula aku apply kuarters tapi lambat benor nak dapatnya jenuh buat surat rayuan bagai.... 

Bulan 7 tahun 2007 baru dapat pindah kuarters Presint 14 al-hamdulillah, masa tu Farish berusia 9 bulan. Kebetulan masa memula pindah belum ada nursery lagi jadi pagi² kandaku hantar aku dulu pi kerja kekadang aku tumpang kat Midah balik ke Kajang dan amik Farish kat nursery kebetulan opis kandaku memang dekat dengan Nursery jadi setiap hari Farish ikut ayah gi kerja huhuhu..... Umur Farish 2 tahun baru aku masukkan Farish kat nursery kat blok kuarters aku tu.  


::: PENJUMUDAN SKIM GRED N11 KE SKIM GRED N17 :::

Rezeki untukku sekali lagi syukur Ya Allah masa ni opis kat MIECC (baca sini perpindahan Parcel D-MIECC-KKLW) skim aku naik gred jadi PTO pulak :)

sign borang tukar skim :) 
Pengesahan Jawatan Skim Gred N17 pulak

Al-hamdulillah masih servis di bahagian yang sama sampai ke hari ini, di masa akan datang kot² kena tukar bahagian/kementerian sapa tahu kan....Moga² aku boleh bekerja dengan gigih, bersungguh-sungguh hingga tamat (pencen) servis kan.... Amin merasa juga naik pentas amik sijil APC syukur al-hamdulillah....

Gitulah kisahku mencari kerja.... sekian tata titi tutu............

2 comments :

Anonymous said...

mula2 hidup sorang2 memang takut tp lepas tu pengalaman yg akan bantu kita. merata tempat cari kerja ye. time kasih berkongsi cerita

Cik Mieyda said...

Sy tga ggih lg cri kje yg tetp.keje yg ad nie xckup nk sara hdup..hutang lg...�� dlu snang nk msuk gomen..skrg da sush..sbb rmai lpasan u dok mnganggur..��